https://critoxium.com/shop/

Terkini

Arahan gantung ‘e-learning’ universiti cetus tanda tanya

PETALING JAYA: Institusi pengajian tinggi mempersoalkan arahan menggantung kelas dalam talian di universiti awam dan swasta susulan perintah kawalan pergerakan bagi mengekang penularan Covid-19.

INTI International University & Colleges berkata arahan penggantungan semua kegiatan pengajaran dikeluarkan semalam.

“Menurut arahan itu, semua kelas dalam talian digantung mulai 12 malam pada 18 Mac sehingga diberitahu kelak,” katanya dalam kenyataan.
INTI juga meminta penjelasan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi sama ada arahan itu turut membabitkan program yang dijalankan dalam talian sepenuhnya.

Tinjauan FMT mendapati Universiti Asia Pacific dan Kolej Universiti First City juga menangguhkan kelas dalam talian mereka.

Di Universiti Sunway, beberapa kursus diteruskan melalui kelas dalam talian manakala yang lain digantung.

Jurucakap Universiti Monash ketika dihubungi FMT memaklumkan ia sedar tentang artikel mengenai arahan itu tetapi ia tidak dimaklumkan secara langsung.

“Kami sedang semak dengan pihak pengurusan,” katanya.

FMT sudah menghubungi Ketua Pengarah Pendidikan, Habibah Abdul Rahim mengenai isu ini.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.