https://critoxium.com/shop/

Terkini

Covid-19: Jumlah meningkat kepada 83 kes

JUMLAH kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 83 orang apabila 28 kes baharu positif jangkitan itu dikesan sehingga jam 12 tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam satu kenyataan hari ini Dr Noor Hisham berkata kesemua kes ini dikesan untuk rawatan lanjut dan hubungan rapat dikenal pasti untuk siasaran dan pengumpulan sampel.

Sebanyak 83 kes dikesan dalam kalangan “Patient Under Investigation” (PUI), hubungan rapat dan misi kemanusiaan.

Daripada jumlah ini seramai 65 orang adalah rakyat Malaysia manakala 15 orang lagi warga China.
Baki tiga lagi adalah warganegara Amerika Syarikat, Jepun dan Itali.

Bagaimanapun seorang pesakit yang dikenal pasti sebagai kes nombor 24 sudah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur kerana sudah pulih sepenuhnya.

Ini membawa jumlah pesakit yang pulih seramai 23 orang.

Daripada 956 kontak rapat yang dikesan, 258 orang mempunyai hubungan dengan Pengerusi UDA Holdings Hisham Hamdan yang dikenal pasti sebagai pesakit ke-26.

Daripada 258 orang itu, 18 diuji positif Covid-19. Manakala, 70 orang negatif dan 170 orang masih menunggu ujian makmal, mereka kini diarahkan menjalani kuarantin 14 hari.

Hisham dalam kenyataan hari ini bagaimanapun menafikan menjadi sumber gelombang kedua jangkitan.

Kementerian Kesihatan turut mengingatkan kakitangannya bahawa Akta Perubatan 1971 menghendaki mereka merahsiakan maklumat sulit pesakit.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.