Mukhriz kecewa dikhianati Muhyiddin
MUKHRIZ Mahathir bingung dengan tindakan Muhyiddin Yassin yang
menggadaikan prinsipnya untuk menyertai pemimpin Umno yang sebelum ini
dikutuk kerana terbabit dengan skandal rasuah.
Menteri besar Kedah itu percaya pendirian Muhyiddin berubah selepas melihat peluang di depan mata untuk menjadi perdana menteri.
“Saya percayakan Muhyiddin, Muhyiddin yang lama… tetapi beliau berubah selepas nampak jawatan PM,” katanya dipetik Malaysiakini. Mukriz berkata demikian di hadapan ahli Bersatu di Kedah malam tadi.
“Kerana hendak jadi PM, dia guling pengerusi kita, PM kita, rancang gulingkan PM dari parti kita sendiri, bukan (ketua PKR) Anwar Ibrahim.
“Ini sangat menyedihkan,” ujar Mukhriz.
Timbalan presiden Bersatu juga berkata Muhyiddin yang dianggap sebagai kawan lama telah mengkhianatinya.
“Saya kelu. Disebabkan ini, saya hilang ramai kawan. Saya tak tahu nak cakap apa.”
Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada Ahad lalu dengan sokongan Umno dan PAS.
Isnin minggu lalu, presiden Bersatu itu mengumumkan Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan, sekaligus mengakibatkan pakatan yang mentadbir Putrajaya selama 20 bulan tumbang.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.