Saya tak mahu khianati rakyat, kata
Ramai yang bertanya di manakah pendirian saya? Di manakah saya selama ini?
Saya akui, saya memang mentaati disiplin parti dan bersama Presiden sehinggalah saat beliau bertolak dan pulang dari istana semalam.
Saya cuba untuk menjadi seorang ‘party-man’, seorang yang teguh dengan parti kerana saya sering ditegur oleh Kepimpinan parti yang saya tidak pandai menjadi ‘team player’, saya tidak pandai berpolitik.
Namun, setelah duduk bersama dengan para pemimpin UMNO yang turut hadir dan akan membentuk kerajaan bersama yang baru, hati saya mula merasa berat. Sangat berat.
Ada di antara mereka yang masih diselaputi isu-isu rasuah dan penyelewengan termasuk di Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri, yang dahulunya puas saya berusaha membersihkan bekas-bekas yang mereka tinggalkan.
Saya bertanya kepada diri sendiri, apakah saya bersedia untuk menerima semula mereka?
Lalu menjadikan mereka pemimpin negara semula setelah mereka ditolak oleh rakyat dan ada di antara mereka yang sedang menghadapi proses pengadilan?
Saya dihubungi oleh keluarga, rakan-rakan, para pengundi dari Simpang Renggam, dan juga semua para penyokong.
Suara mereka satu sahaja, “Jangan khianati pengorbanan dan undi yang telah kami berikan kepada YB sehingga meletakkan YB sebagai wakil kami di parlimen.”
Saya berbincang dengan mereka yang dekat dengan saya, dan saya telah melakukan istikharah memohon petunjuk Allah.
Akhirnya pada jam 4 petang semalam, saya tekad untuk membuat keputusan yang amat berat.
Saya akui saya sayang dan bersama Tan Sri Presiden sejak dari awal, malah membulatkan tekad bersama beliau dan meyakini beliau adalah calon PM bagi parti.
Namun bukanlah sehingga menghampakan undi rakyat yang telah meletakkan kita di kedudukan kita pada hari ini. Rakyat pulang mengundi pada PRU 14 yang lalu untuk tumbangkan regim kleptokrasi UMNO-BN. Itu pasti.
Apabila keadaan sudah semakin rumit, dan saya terpaksa memilih antara ketaatan dan prinsip, maka saya telah membuat keputusan yang besar dan penting, iaitu kembali kepada para penyokong, rakan-rakan, keluarga, pengundi dan rakan-rakan seperjuangan.
Kembali kepada prinsip perjuangan yang sebenar.
Mereka mengingatkan siapa saya, kenapa saya ceburi politik, dan kenapa rakyat Simpang Renggam memilih untuk mengundi saya dahulu.
Mereka tidak akan redha untuk saya bekerjasama dengan watak-watak yang sama-sama kami jatuhkan sewaktu PRU14, lantas meninggalkan rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berkorban dari awal.
Keputusan ini adalah muktamad, kepentingan negara perlu mengatasi kepentingan politik.
Sebagai seorang manusia biasa, saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Banyak yang berlaku dalam hidup saya sepanjang dua bulan ini. Ditendang, disalahfahami, dikecam, dimusuhi kerana isu-isu yang saya sendiri tidak pilih.
Di dalam politik, saya orang baharu. Tetapi prinsip sayangkan negara, letakkan kepentingan negara melebihi kepentingan politik, telah lama ada.
Saya memohon maaf atas kekhilafan saya selama ini. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menegur.
Demi rakyat, demi negara. Biar putih tulang, jangan putih mata. Membujur lalu melintang patah.
Terus berjuang dan kekal berprinsip.
Dari rakyat kita datang, kepada rakyat kita kembali.
YB Dr Maszlee Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam
1 Mac 2020

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.