Perjuangan Prinsip: Tarik diri dari pencalonan jawatan Naib Ketua ARMADA Nasional.
1. Buat peringkat ini, usaha Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamad selesai untuk membuktikan sokongan yang beliau ada.
2. Peringkat seterusnya adalah mungkin untuk mengemukakan undi tidak percaya di Dewan Rakyat yang bakal bersidang pada 9 Mac 2020 nanti.
3. Selari dengan itu, atas dasar kesedaran agama dan prinsip yang dipercayai, saya menarik diri dari gerakan Angkatan Baru yang dalam usaha bertanding dalam pemilihan parti BERSATU khususnya pemilihan sayap ARMADA. Dengan itu juga; saya menarik diri dari pencalonan jawatan Naib Ketua ARMADA Nasional.
4. Terima kasih atas sokongan yang pernah diberikan oleh sahabat-sahabat Angkatan Baru dan teruskan apa yang dianggap lurus dan benar. Akhirnya, sejarah akan mengenang kita atas apa yang dipegang dan diperjuang.
5. Seluruh dari kita akan menutup hayat dan menemui kematian. Dengan tubuh, jasad dan roh, kita akan disemadikan berseorangan. Kemudian tiap-tiap dari kita akan berdiri di hadapan Allah SWT atas apa yang telah kita yakini benar dan lurus.
Terjemahan firman Allah SWT dalam surah al-An’ām ayat 94:
“Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat)”.
6. Manfaatkanlah dunia ini untuk akhirat. Jangan rosakkan peluang hayat di dunia dengan menjahanamkan hayat akhirat. Moga Allah mengampuni kita semua dan merezekikan ruang taubat dan keampunan.
Abu Hafiz Salleh Hudin
Kuala Lumpur
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.