Dr M, Muhyiddin bertarung rebut pengerusi Bersatu?
Sebanyak 189 bahagian Bersatu dijangka mengundi kepimpinan peringkat nasional yang baru bulan depan.
Ia dikatakan boleh menjadi 'medan' baru pertembungan antara Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad dan Presidennya, Muhyiddin Yassin.
Susulan kerajaan PH runtuh, Dr Mahathir mahu membentuk kerajaan baru teknokrat yang tidak berdasarkan keanggotaan parti tetapi Muhyiddin berjaya menukar perancangan itu dengan bergabung bersama MP PKR yang berpaling tadah, anggota parlimen BN, PAS, GPS dan parti kecil lain.
Muhyiddin, yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac lalu, juga cuba menguasai Bersatu dengan mengambil alih jawatan pemangku pengerusi Bersatu, yang mengabaikan kedudukan rasmi Mahathir sebagai pengerusi.
Mahathir telah meletak jawatan sebagai pengerusi Bersatu pada 24 Feb lalu, tetapi parti itu meyakinkan beliau supaya terus memegang jawatan tersebut dan beliau bersetuju.
Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya mengeluarkan kenyataan pada 27 Feb yang mengesahkan Dr Mahathir masih menjadi pengerusi parti.
Muhyiddin, dalam usaha untuk menguasai Bersatu, pada 29 Feb lalu mengumumkan beliau sebagai pemangku pengerusi Bersatu, lantas mengabaikan kenyataan setiausaha agung parti pada 27 Feb.
Mengikut perlembagaan Bersatu, jawatan pengerusi mempunyai kuasa muktamad mengatasi jawatan presiden.
Langkah Muhyiddin untuk menguasai jawatan tertinggi parti itu bermakna jawatan itu kini sedang dalam pertikaian.
Bagaimanapun, ia dijangka tidak akan bertahan lama kerana anggota Bersatu akan mengundi kepimpinannya pada pemilihan parti yang julung kali bakal berlangsung pada 18 April nanti.
Seorang pemerhati yang merupakan sebagahagian daripada pihak yang dekat dengan Mahathir tetapi enggan dinamakan mendakwa bekas perdana menteri tidak akan semudahnya mengalah pada pemilihan parti dan Muhyiddin perlu mencabar beliau secara rasmi.
Baru
sebulan lalu, Bersatu membayangkan tiga jawatan tertinggi parti, iaitu
pengerusi, presiden, dan timbalan presiden, yang dipegang oleh Mukhriz
Mahathir, tidak akan dipertandingkan.
Bersatu,
pada satu kenyataan malam tadi, berkata semua jawatan kepimpinan,
termasuk tiga kerusi tertinggi parti akan dipertandingkan.
Tidak kira sama ada Muhyiddin mencabar Mahathir atau tidak, MP Langkawi bertekad untuk menyingkirkan Muhyiddin, disifatkannya telah "menikamnya dari belakang."
Pemerhati itu juga berkata Mukhriz, yang juga anggota parlimen Jerlun, mungkin akan bertanding jawatan presiden parti.
"Jika Tun (Dr Mahathir) menang, beliau dijangka membawa Bersatu keluar daripada PN," katanya.
Mahathir
sebelum ini bertegas menentang kesediaan Muhyiddin memasukkan Umno
dalam kerajaan baru, kerana beberapa pemimpinnya terpalit dakwaan rasuah
dan sedang dibicarakan di mahkamah.
Bagaimanapun, Muhyiddin telah menegaskan menteri yang dilantik beliau telah dibersihkan SPRM dan tidak berhadapan pertuduhan rasuah di mahkamah.
Bagaimanapun, Mahathir masih tidak berpuas hati kerana pemimpin berkenaan kini menjadi MP penyokong kerajaan walaupun tanpa jawatan menteri.
Menjelang minggu depan, gambaran yang lebih jelas mengenai pertarungan ini akan muncul apabila senarai calon dinamakan pada 16 Mac.
Calon yang disahkan untuk pelbagai jawatan Bersatu akan diumumkan pada 23 Mac.
Ia dikatakan boleh menjadi 'medan' baru pertembungan antara Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad dan Presidennya, Muhyiddin Yassin.
Susulan kerajaan PH runtuh, Dr Mahathir mahu membentuk kerajaan baru teknokrat yang tidak berdasarkan keanggotaan parti tetapi Muhyiddin berjaya menukar perancangan itu dengan bergabung bersama MP PKR yang berpaling tadah, anggota parlimen BN, PAS, GPS dan parti kecil lain.
Muhyiddin, yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac lalu, juga cuba menguasai Bersatu dengan mengambil alih jawatan pemangku pengerusi Bersatu, yang mengabaikan kedudukan rasmi Mahathir sebagai pengerusi.
Mahathir telah meletak jawatan sebagai pengerusi Bersatu pada 24 Feb lalu, tetapi parti itu meyakinkan beliau supaya terus memegang jawatan tersebut dan beliau bersetuju.
Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya mengeluarkan kenyataan pada 27 Feb yang mengesahkan Dr Mahathir masih menjadi pengerusi parti.
Muhyiddin, dalam usaha untuk menguasai Bersatu, pada 29 Feb lalu mengumumkan beliau sebagai pemangku pengerusi Bersatu, lantas mengabaikan kenyataan setiausaha agung parti pada 27 Feb.
Langkah Muhyiddin untuk menguasai jawatan tertinggi parti itu bermakna jawatan itu kini sedang dalam pertikaian.
Bagaimanapun, ia dijangka tidak akan bertahan lama kerana anggota Bersatu akan mengundi kepimpinannya pada pemilihan parti yang julung kali bakal berlangsung pada 18 April nanti.
Seorang pemerhati yang merupakan sebagahagian daripada pihak yang dekat dengan Mahathir tetapi enggan dinamakan mendakwa bekas perdana menteri tidak akan semudahnya mengalah pada pemilihan parti dan Muhyiddin perlu mencabar beliau secara rasmi.
3 jawatan tertinggi dipertandingkan
Tetapi kelihatan perkembangan mutakhir menunjukkan aturan ini telah berubah.
Tidak kira sama ada Muhyiddin mencabar Mahathir atau tidak, MP Langkawi bertekad untuk menyingkirkan Muhyiddin, disifatkannya telah "menikamnya dari belakang."
Pemerhati itu juga berkata Mukhriz, yang juga anggota parlimen Jerlun, mungkin akan bertanding jawatan presiden parti.
Sekiranya
Mahathir berjaya mengekalkan jawatan pengerusi pada 18 April, kerajaan
baru Perikatan Nasional (PN) boleh tergugat walaupun sebelum parlimen
bersidang pada 18 Mei.
Bagaimanapun, Muhyiddin telah menegaskan menteri yang dilantik beliau telah dibersihkan SPRM dan tidak berhadapan pertuduhan rasuah di mahkamah.
Bagaimanapun, Mahathir masih tidak berpuas hati kerana pemimpin berkenaan kini menjadi MP penyokong kerajaan walaupun tanpa jawatan menteri.
Menjelang minggu depan, gambaran yang lebih jelas mengenai pertarungan ini akan muncul apabila senarai calon dinamakan pada 16 Mac.
Calon yang disahkan untuk pelbagai jawatan Bersatu akan diumumkan pada 23 Mac.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.