Duka rakyat akibat kemelut politik
Oleh
“ANAK yang ambil STP dah lulus cemerlang dan sekarang tunggu yang ambil SPM pula dapat keputusan 5 Mac nanti,” kata Hassan Abu Bakar.
Pesara tentera kelahiran Melaka kini memandu e-hailing. Hassan memilih kekal tinggal di Kuala Lumpur setelah menamatkan khidmat 21 tahun sebagai anggota tentera pada November 2017.
Selama 16 tahun berada di Sungai Besi, Hassan menganggap dirinya warga kota. Mustahil pulang ke kampung di Jasin kerana anak-anak membesar dan menganggap diri mereka warga Kuala Lumpur.
Setelah pencen, dan memilih tinggal di ibu kota, pada usia 46 tahun, Hassan perlu terus bekerja.
Walaupun memiliki wang simpanan dan berkebolehan dalam bidang mekanik, Hassan tidak berminat mengusahakan bengkel kereta.
“Saya tak berani buka bengkel sebab lepas pencen keadaan ekonomi sangat teruk. Jadi saya beli kereta dan jadi pemandu e-hailing saja,” katanya.
Walaupun mahir dengan kerja bengkel kenderaan, Hassan tidak berani melabur wang simpanannya kerana saingan khidmat mekanik terlalu sengit.
“Hari ini mekanik pendatang asing menguasai bengkel-bengkel kecil. Servis mereka murah dan kita tak mampu nak bersaing harga,” katanya.
Saya menggunakan servis e-hailing Hassan dari Menara 3 DBKL menuju ke Taipan, Damansara. Perjalanan agak jauh pada hari Khamis yang sesak.
Kami berbual soal anak, ekonomi dan kerjaya. Mengenai kesukaran hidup yang ditempuh semua orang.
Namun, isu utama yang disentuh Hassan tentunya soal pergolakan politik sejak Ahad lepas.
Kini sebagai pekerja ekonomi gig, Hassan sangat bercita-cita menempatkan dua anaknya ke pusat pengajian tinggi.
Hassan tidak dapat menyimpan rasa kecewanya dengan keadaan politik semasa.
“Sekelip mata kita semua jadi cemas dan keadaan politik jadi serabut,” katanya.
Apa lagi kericuan ini berlaku ketika Hassan berjuang keras mencari rezeki bagi menyediakan wang pendidikan untuk dua anaknya memasuki pengajian universiti.
“Ekonomi tidak baik sejak 2014. Rakyat macam saya harapkan ada sinar baharu selepas 9 Mei, 2018. Tetapi tak sampai dua tahun… dah begini jadinya,” kata Hassan.
Disiplin tentera masih menebal pada dirinya dan sebagai warga marhaen, Hassan tetap cekal mencari rezeki di jalan raya.
Kerjanya bermula selepas solat subuh dan berakhir pada 6 petang. Setiap malam, Hassan berada di surau dan bercuti pada hari Ahad.
“Saya mahu pastikan ada cukup wang untuk dua anak masuk universiti. Kakaknya sudah bekerja tetapi belum mampu menyara adik-adik,” katanya.
“Kenapa kecewa sangat dengan keadaan politik?” Tanya saya.
Hassan menjawab mudah.
“Semua rakyat kecewa. Tidak kira penyokong parti atau rakyat biasa macam saya. Semua kecewa kerana keadaan jadi kelam-kabut,” katanya.
Malah, kata Hassan dia menutup radio dalam kereta dan tidak singgah minum kopi bersama rakan-rakan kerana enggan berbual soal politik.
“Kalau bual, kita akan maki sana-sini sebab marah. Siapa tak marah, dalam keadaan ekonomi sekarang, orang politik buat perangai,” katanya.
Saya cuba untuk tidak menyeret perbualan ke tajuk yang terlalu politik. Hassan saya anggap antara 12 juta pengundi PRU14 yang kecewa kerana undi mereka kini tidak lagi bererti apa-apa.
“Orang politik sibuk berebut soal kuasa. Orang macam saya sibuk cari duit untuk biaya anak masuk universiti,” kata akhir Hassan ketika kami tiba di Taipan, Damansara.
RM susut dan keluhan Saiful
Sejak 2015 apabila nilai ringgit jatuh sekitar 20% berbanding dolar Amerika, ia memang memberi impak kepada ekonomi negara.
Sekarang isu kejatuhan RM sudah jadi berita basi. Ia berlarutan sejak tujuh tahun lalu. Malah, selepas lebih 20 bulan kerajaan PH berkuasa, nilai ringgit masih flip flop.
Cuma, paling teruk minggu pada Isnin lepas. Nilai ringgit jatuh mencecah paras terburuk pada RM4.22 berbanding AS$1.
Ini kisah bagaimana rakyat marhaen seperti Saiful Azhar Hizam, terkesan teruk.
“Sekarang aku betul-betul sakit hati. Lima tahun aku tanggung kos 30% lebih tinggi apabila bawa masuk barang terpakai dari Aran, Thailand,” katanya.
Saiful memulakan perniagaan barangan terpakai sejak 2002. Fokusnya pada beg kembara, pakaian dan kasut berjenama.
Rutin bisnes kecil Saiful ialah pergi ke pasar barangan terpakai terbesar di Asia.
Anak jati Kuala Lumpur ini mendapat bekalan barangan terpakai di Aran, Thailand.
Selama tiga atau empat hari mengitari Pasar Aran, Saiful akan mengumpul barang-barang terpilih, lalu mengirimnya pulang ke Kuala Lumpur melalui lori sewa atau khidmat keretapi.
“Dulu, kalau aku bawa RM10,000 sah akan dapat Bath100,000. Sejak lima tahun dulu, nilai RM jatuh 25%. Sekarang bawa RM10,000, aku hanya dapat Bath74,000 saja,” kata Saiful.
Selasa lepas, Saiful sepatutnya terbang ke Bangkok dan pergi ke Aran. Namun, ketika RM jatuh ke paras terburuk sejak lapan tahun lalu, dia membatalkan penerbangan ke Bangkok.
“Susah macam ini. Kita dah bertungkus-lumus tukar kerajaan, balik-balik krisis lagi. Rakyat tengah susah, keadaan politik sekarang pula langsung tidak membantu. Malah, menyiksa kami,” kata Saiful.
Hidup Saiful tidak mudah. Apabila ekonomi merosot sejak lima tahun lalu, Saiful terpaksa menukar strategi perniagaan.
“Lepas 10 tahun, aku terpaksa lepaskan kedai sewa kepada orang lain. Kos sewa kedai dan keadaan perniagaan barangan terpakai terjejas teruk,” katanya.
Cuma, pengalaman mengajar Saiful kekal tabah.
“Lepas kena buang kerja sebab gawat 1998, aku meniaga barang bundle sampai sekarang,” katanya.
Tanpa kedai sewa, Saiful meniaga di pasar-pasar Car Boot Sales dan jualan jalanan di Jalan Raja Bot.
“Online juga membantu. Cuma, sekarang, orang tak lagi membeli sebanyak dulu. Ditambah dengan kejatuhan RM, bisnes jadi parah,” katanya.
Kami menikmati teh pada malam Saiful sepatutnya sudah terbang ke Bangkok.
“Aku tak tau apa lagi orang politik nak. Kuasa kita dah bagi. Kenapa mereka masih berkelahi tak sudah-sudah. Aku rasa sakit hati betul,” rungutnya.
Minum kopi di warung sekitar Kampung Bharu kini jadi tidak menyeronokkan. Suasana dipenuhi suara marah dan kata-kata kesat.
Pasar Chow Kit dipenuhi manusia marhaen. Kehidupan harian selama ini sudah cukup memeritkan.
Apabila keadaan politik jadi tidak menentu dan kehidupan rakyat marhaen tergugat, suara maki-hamun terhadap orang politik terasa sangat membingitkan telinga. – 1 Mac, 2020.
* Zainal Rashid Ahmad ialah wartawan dan penulis sastera yang telah menghasilkan antaranya novel Hikayat Tanah Jauh (2015) dan kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014), Magis Kota (2016), Pop Urban (2017), dan kumpulan puisi Sepi Itu Mati (2016) dan Orang Sepi Pergi ke Gurun (2018). Beliau memenangi 38 hadiah sastera.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.