JPM nafi Muhyiddin nak bertemu pemimpin mana-mana parti
Beberapa
jam selepas perbicaraan ditangguhkan kerana tertuduh - Dr Ahmad Zahid
Hamidi - didakwa diperlukan untuk perbincangan mengenai kabinet, Jabatan
Perdana Menteri tampil membuat kenyataan yang mengejutkan.
Dalam kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, JPM memberitahu pada hari ini Muhyiddin Yassin tidak dijadualkan mengadakan pertemuan dengan mana-mana pemimpin politik.
Hari ini merupakan hari pertama Ahmad Zahid dibicarakan di bawah kerajaan baru - dikenali sebagai Perikatan Nasional - yang turut melibatkan beliau sebagai presiden Umno.
Permohonan pagi tadi dibuat oleh pasukan pembelaan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Menurut peguam bela, Hisyam Teh, Zahid “diperlukan” untuk perbincangan bersama perdana menteri.
“Tertuduh akan (terlibat) dalam perbincangan dengan perdana menteri berhubung pembentukan kabinet hari ini.
"Jadi, kami meminta mahkamah membenarkan penangguhan untuk prosiding hari ini.
“Kehadirannya diperlukan [...],” katanya.
Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan penangguhan tersebut, dan kes akan bersambung esok.
Dalam kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, JPM memberitahu pada hari ini Muhyiddin Yassin tidak dijadualkan mengadakan pertemuan dengan mana-mana pemimpin politik.
"Pada hari ini perdana menteri
dijadualkan bertemu dengan ketua setiausaha negara dan ketua-ketua
jabatan/agensi bagi menyelaraskan perjalanan pentadbiran kerajaan.
"Pejabat
Perdana Menteri ingin menjelaskan bahawa tiada mesyuarat atau sebarang
perjumpaan dengan pemimpin politik dijadualkan hari ini," kata kenyataan
tersebut.
Ia turut dikongsi di Facebook Muhyiddin.
Pagi
tadi mahkamah menangguhkan perbicaraan ke atas Ahmad Zahid -yang
berdepan 47 tuduhan, membabitkan 12 kes pecah amanah, 27 kes pengubahan
wang haram dan lapan kes rasuah - kerana beliau dikatakan perlu
berbincang dengan perdana menteri berkaitan pembentukan kabinet baru.Hari ini merupakan hari pertama Ahmad Zahid dibicarakan di bawah kerajaan baru - dikenali sebagai Perikatan Nasional - yang turut melibatkan beliau sebagai presiden Umno.
Permohonan pagi tadi dibuat oleh pasukan pembelaan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Menurut peguam bela, Hisyam Teh, Zahid “diperlukan” untuk perbincangan bersama perdana menteri.
“Tertuduh akan (terlibat) dalam perbincangan dengan perdana menteri berhubung pembentukan kabinet hari ini.
"Jadi, kami meminta mahkamah membenarkan penangguhan untuk prosiding hari ini.
“Kehadirannya diperlukan [...],” katanya.
Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan penangguhan tersebut, dan kes akan bersambung esok.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.