https://critoxium.com/shop/

Terkini

Muhyiddin tak boleh lari dari Parlimen, kata Anthony

PERDANA Menteri baharu Muhyiddin Yassin tidak boleh lari dari Parlimen dan mesti membuktikan sokongannya di Dewan Rakyat, kata Anthony Loke.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP itu berkata kerajaan baharu perlu mengadakan persidangan dalam tempoh enam bulan bagi mengelakkan pembubaran.

Bekas menteri pengangkutan itu berkata orang ramai mesti bersedia untuk segala kemungkinan termasuk pilihan raya umum yang baharu jika Parlimen gagal diadakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

“Kerajaan baharu tidak boleh lari dari Parlimen, mereka boleh melambatkannya tetapi hanya untuk masa tertentu. Jangan lupa Parlimen boleh bubar jika tidak ada persidangan dalam masa enam bulan dan kita mesti bersedia untuk segala kemungkinan termasuk pilihan raya baharu.

“Itu boleh dilanggar kerana jika mereka tidak berani pergi ke Parlimen, maka Parlimen akan dibubarkan,” kata ahli Parlimen Seremban kepada pemberita selepas menghadiri majlis penghargaan yang diadakan oleh kementerian untuknya di Putrajaya

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.