https://critoxium.com/shop/

Terkini

Armada tekan Muhyiddin: Tuduh Zahid pendakwaan politik atau bukan?

Pemuda Bersatu (Armada) dilihat mula menekan presidennya Muhyiddin Yassin yang kini memimpin gabungan baru politik, termasuk dengan dengan Umno.

Armada, pimpinan bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Abdul Rahman, hari ini menuntut pendirian Muhyiddin berkaitan kenyataan terkini Presiden Umno Zahid Hamidi.

“Adakah Tan Sri bersetuju bahawa pendakwaan terhadap Zahid Hamidi adalah pendakwaan politik dan terpilih?

“Bukankah akar umbi dan ahli telah berhempas pulas memastikan salah laku Zahid Hamidi dibawa ke pengadilan atas prinsip ketelusan dan maslahah ammah (kepentingan umum)?” soal pergerakan itu.

Zahid hari ini antaranya berkata pertuduhan rasuah terhadapnya adalah pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih.

Syed Saddiq antara pemimpin parti itu yang memberontak terhadap keputusan Bersatu untuk membentuk kerajaan baru bersama Umno.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.