Tuan Ibrahim sifatkan pelantikan menteri sebagai amanah dari Allah
KOTA BHARU: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik
sebagai Menteri Alam Sekitar oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin menyifatkan pelantikannya itu sebagai satu amanah daripada Allah
SWT yang perlu digalas dengan baik.
Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berjanji akan menggalas tugas itu dengan baik sejajar dengan kepercayaan yang diberikan Muhyiddin kepadanya.
"Terima kasih Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana memberi kepercayaan untuk saya menggalas
tanggungjawab ini dan juga mengucapkan tahniah kepadanya atas
pembentukan Kabinet baharu.
"Ini adalah amanah dari Allah SWT dan saya akan melakukan yang terbaik, serta sedaya upaya memenuhi tugas sebagai Menteri Alam Sekitar," katanya ketika dihubungi Bernama.
Muhyiddin mengumumkan Kabinet seramai 31 orang menteri dan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia tidak menamakan seorang timbalan perdana menteri tetapi menamakan empat orang menteri kanan untuk membantu beliau menjalankan tugas Perdana Menteri.
Tuan Ibrahim berkata Islam sendiri sangat menuntut umatnya untuk menjaga alam sekitar dan sehubungan itu beliau akan menerapkan tuntutan itu dalam konteks penjagaan, pengawalan dan kelestarian alam sekitar termasuk menangani isu pencemaran.
-- BERNAMA
Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berjanji akan menggalas tugas itu dengan baik sejajar dengan kepercayaan yang diberikan Muhyiddin kepadanya.
"Ini adalah amanah dari Allah SWT dan saya akan melakukan yang terbaik, serta sedaya upaya memenuhi tugas sebagai Menteri Alam Sekitar," katanya ketika dihubungi Bernama.
Muhyiddin mengumumkan Kabinet seramai 31 orang menteri dan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia tidak menamakan seorang timbalan perdana menteri tetapi menamakan empat orang menteri kanan untuk membantu beliau menjalankan tugas Perdana Menteri.
Tuan Ibrahim berkata Islam sendiri sangat menuntut umatnya untuk menjaga alam sekitar dan sehubungan itu beliau akan menerapkan tuntutan itu dalam konteks penjagaan, pengawalan dan kelestarian alam sekitar termasuk menangani isu pencemaran.
-- BERNAMA
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.