Muhyiddin dijadual menghadap Agong persembah senarai jemaah menteri pagi ini
KUALA LUMPUR, 9 Mac — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah hari ini pada 11 pagi untuk mempersembahkan
senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan setelah mendapat perkenan Seri Paduka, Perdana Menteri dijangka mengumumkan senarai Jemaah Menteri hari ini pada 5 petang di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana
Menteri kelapan di hadapan Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, pada 1
Mac.
Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Muhyiddin itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. — Bernama
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan setelah mendapat perkenan Seri Paduka, Perdana Menteri dijangka mengumumkan senarai Jemaah Menteri hari ini pada 5 petang di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Muhyiddin itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.