Muhyiddin Herat BERSATU Ke Gaung ?
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Naluri setiap penyokong, apatah lagi pemimpin, melihat partinya berpengaruh, berkembang pesat dan kuat.
Mengimpikan partinya menjadi dominan (cuma saya tidak selesa dengan kalimah dominan ini) dan mengetuai kerajaan dengan selesa.
Contohnya, sebagai penyokong Parti Amanah Negara, saya tentu sahaja mengimpikan Amanah diberi peranan yang lebih baik dalam kerajaan, bertambah pesat jumlah keahliannya, berkembang maju penubuhan cawangannya. Ia naluri semulajadi setiap penyokong dan penggerak parti.
Saya cuba memahami sikap pemimpin Bersatu yang beria-ia dan kuat mendesak agar parti setahun jagung itu keluar Pakatan Harapan minggu lalu.
Tentulah dorongan utamanya mahu Bersatu menjadi lebih kuat dan berpengaruh khususnya di kalangan masyarakat Melayu, di samping mempunyai kedudukan lebih strategik dalam kerajaan pusat dan negeri-negeri.
Berdasarkan keputusan PRU14, dengan pungutan kerusi Parlimen dan Dun, Bersatu dikira cukup beruntung dan bertuah. Berbekalkan 13 kerusi Parlimen, ketuanya dilantik perdana menteri.
Formula "equal partner" dalam Kabinet Mahathir tanpa mengira jumlah kerusi diterima baik, termasuk oleh PKR dan DAP yang meraih kerusi Parlimen jauh lebih banyak.
Begitu juga di peringkat negeri. Adun Bersatu dipilih menteri besar di Johor dan Kedah, apatah lagi di Perak, bukan kerana jumlah wakil rakyatnya tetapi persefahaman komponen PH.
Mungkin wakil PKR lebih layak jadi MB di Kedah atau wakil Amanah jadi MB Johor.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.