https://critoxium.com/shop/

Terkini

Muhyiddin Yassin menyalahkan DAP .

Dr Mahathir Mohamad hari ini menceritakan apa yang berlaku dalam Bersatu semasa parti itu menjadi kerajaan dan perkembangan yang membawa kepada jatuhnya PH di Putrajaya.

Bercakap kepada media di Yayasan Albukhary di Kuala Lumpur, Mahathir berkata Muhyiddin Yassin memujuknya agar menjarakkan diri daripada DAP - satu daripada parti dalam PH - dan menyalahkan parti itu sebagai punca mereka kalah dalam beberapa pilihan raya kecil, iaitu di Semenyih dan Tanjung Piai.

"Katanya (Muhyiddin) ini kerana DAP. Orang Melayu percaya bahawa DAP yang kawal kerajaan, dan saya kononnya mengikut telunjuk (Lim) Guan Eng.

"Ini semua tidak benar, tapi inilah kecekapan Najib (Razak) sehingga mereka tidak lagi nampak Najib sebagai bersalah.

"Mereka bersedia untuk mencium tangan Najib, mereka mengakui dia sebagai bossku... Ini keadaan sebelum masalah sekarang timbul," katanya.

Ahli parlimen Langkawi itu menambah Muhyiddin juga memujuknya meninggalkan PH tetapi beliau enggan kerana mendapat sokongan penuh daripada gabungan tersebut.

Kata Mahathir, beliau juga - sebelum ini - mendapat sokongan daripada PAS dan Bersatu, justeru ia tidak dapat dilakukan.

Tunggu keputusan mahkamah

"Kenapa saya nak tolak PH yang memberikan sokongan penuh? (Kenapa) saya tolak PH dan terima Najib?" katanya lagi.

Mengenai kerjasama dengan Umno, Mahathir mengulangi pendiriannya untuk menerima ahli politik dari parti itu secara individu, bukannya secara en bloc.

Dengan caraa yang diingini Muhyiddin itu, katanya, Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menyertai kerajaan secara en bloc melalui Umno.

"Ini saya tak dapat terima. Memang ahli Umno ada yang tak bersalah, tapi yang bersalah ada juga, ada yang sedang dibicarakan di mahkamah.

"Saya minta supaya diberi masa... kalau bukan sekarang, kalau kita tak percaya DAP, kita kena cari jalan kuatkan Bersatu.

"Tapi dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, di sebalik rayuan saya agar tidak dibuat keputusan sekarang, akhirnya Bersatu buat keputusan keluar PH," katanya.
Mahathir juga menjelaskan beliau mungkin boleh menukar fikiran mengenai kemasukan Umno secara en bloc pada masa yang sesuai berbanding pendirian Muhyiddin.

Puncanya, kata Mahathir, beliau tidak dapat bekerjasama dengan pemimpin Umno yang sedang dibicarakan di mahkamat atas tuduhan jenayah.

"Kalau mereka tak bersalah, ya (boleh terima) tetapi kalau mereka didapati bersalah nanti, saya tak boleh bekerja dengan mereka," katanya.

Menurut beliau lagi jika keputusan menerima Umno secara en bloc itu dibuat sekarang, ia bermakna Bersatu memasukkan Najib Razak serta tokoh lain yang sedang didakwa.

"Dan mahkamah mungkin berasa (teragak-agak) untuk mengambil tindakan ke atas pemimpin kerajaan.

"Kita pernah nampak keadaan begini semasa zaman Najib," katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.