https://critoxium.com/shop/

Terkini

Tun Mahathir bertegas tidak akan berdamai dengan Muhyiddin

Tun Mahathir bertegas tidak akan berdamai dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau menjalinkan kerjasama dengan orang yang dituduh di mahkamah kerana mencuri berbilion ringgit.

“Dia jadi ahli Umno, saya kata kalau ahli Umno hendak masuk Bersatu saya sedia terima dengan syarat mereka tinggalkan Umno dulu.

“Tapi Muhyiddin kata dia sanggup bekerjasama dengan orang yang dituduh pencuri,” kata Mahathir sewaktu menghadiri mesyuarat Cawangan Kedawang semalam.

Terdahulu, Ahli Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan meminta Mahathir berdamai dengan Muhyiddin bagi kelangsungan partinya serta Pakatan Harapan terus memegang mandat rakyat mentadbir negara ini.

Mahathir turut memberitahu Muhyiddin ada mengutuskan surat untuk berjumpa dengannya, dan Mahathir sebelum ini sudah menerangkan pendiriannya yang sekali-kali tidak berubah.

“Saya sudah berjanji. Muhyiddin juga berjanji dahulu tidak akan bekerjasama dengan Umno. Sekarang dia terima Umno sebagai parti terbesar dalam kerajaan dia.

“Parti (Bersatu) dia cuma enam orang, Umno ada 51 orang.

“Saya tidak tengok apa sebab saya perlu jumpa dengan Muhyiddin. Melainkan dia sanggup buang orang (Umno) itu semua, saya sangguplah. Itupun saya akan timbangkan,” kata beliau.

Menurut Tun, di dalam mesyuarat Muhyiddin selalu menafikan mahu menjadi Perdana Menteri tetapi tindakan yang diambil beliau seperti sengaja dibuat  supaya dia menjadi Perdana Menteri.

“Jadi dia cakap tak hendak itu tidak betulah, sekarang dia letak diri dia di bawah Umno. Saya tidak pernah letak diri saya di bawah DAP.

“Walapun Bersatu hanya ada 13 ahli dewan dan DAP ada 42, dia dapat 6 menteri dan kita pun dapat 6 menteri,” katanya.

Beliau merupakan ahli Bersatu Cawangan Kedawang menghadiri mesyuarat semalam dan mengambil peluang menerangkan apa yang berlaku supaya semua ahli faham apa yang telah terjadi kepada Bersatu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.