Umno, PAS, Bersatu bersaing rebut jawatan MB Perak
UMNO, PAS dan Bersatu kini bersaing merebut jawatan menteri besar
Perak selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan negeri
daripada Pakatan Harapan (PH).
Bekas menteri besar Ahmad Faizal Azumu yang juga pengerusi Bersatu negeri berharap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan memilihnya semula untuk menerajui gabungan baharu yang memegang majoriti 35 kerusi di Dewan Undangn Negeri (DUN).
Umno pula sepakat untuk mencalonkan Pengerusi Badan Perhubungan parti di negeri itu, Saarani Mohamad, manakala PAS meletakkan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, lapor The Star.
Tiga parti itu membentuk gabungan PN selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membawa parti itu keluar daripada PH sekaligus menyebabkan kerajaan pakatan itu tumbang.
Muhyiddin yang mendapat majoriti sokongan ahli Parlimen dari Bersatu, Umno, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan beberapa parti dari Sabah kemudian dilantik jadi perdana menteri.
Kesemua tiga calon menteri besar berkenaan mengadap Sultan Nazrin di Istana Kinta semalam.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan Perak, Abd Rahim Mohamad Nor menerusi satu kenyataan semalam berkata Sultan Nazrin akan meneliti dan menimbang Adun yang dicalonkan dan menggunakan kuasa baginda menurut perenggan (a) Fasal 2, Perkara XVI Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.
Dalam kenyataan sama juga Rahim berkata Sultan Nazrin telah berkenan menerima peletakan jawatan Ahmad Faizal berkuat kuasa semalam.
Isnin lalu, Ahmad Faizal mengumumkan PN Perak terdiri daripada Umno, PAS dan Bersatu berjaya mendapat sokongan 32 daripada 59 Adun untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Menurutnya, sokongan itu datang daripada 25 Adun Barisan Nasional yang kesemuanya Umno, Bersatu (4), PAS (3), serta tiga Adun PH yang isytihar keluar parti dan menyokong PN.
Tiga Adun berkenaan adalah Adun Tronoh Paul Yong Choo Kiong dan Adun Buntong A Sivasubramaniam, kedua-duanya dari DAP, dan Adun Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dari Amanah.
DAP semalam memecat Yong dan Sivasubramaniam, manakala Amanah mengambil tindakan sama terhadap Hasnul.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.