'Kesan terburuk COVID-19 masih belum terjadi' - WHO gesa dunia berwaspada
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) memberi
amaran kepada semua negara agar berwaspada memberi kelonggaran di kala
pandemik itu masih menular.
Ini kerana, menurut Tedros, 'situasi terburuk' wabak itu masih belum berlaku.
Ketua Pengarahnya Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata demikian susulan tindakan banyak negara yang mula melonggarkan langkah pembatasan.
Bagaimanapun, Dr Tedros tidak memperincikan kenyataan tersebut.
COVID-19 telah menjangkiti kira-kira 2.5 juta orang dan membunuh lebih 166,000 setakat ini.
Dipercayai, Tedros merujuk kepada kesan yang mungkin berlaku di Afrika di mana sistem kesihatan di sana yang dilihat masih lemah.
"Percayalah, keadaan terburuk bakal berlaku. Ayuh kita cegah tragedi
ini. Virus ini masih belum difahami ramai orang," katanya di ibu pejabat
WHO pada Isnin.
WHO sebelum ini memberi amaran bahawa sebilangan besar masyarakat terdedah kepada COVID-19.
Hasil awal tinjauan sero-epidemiologi dari seluruh dunia yang memantau tahap imuniti dalam populasi menunjukkan peratusan penduduk yang agak kecil mungkin telah dijangkiti.
Ketua Teknikal COVID-19 WHO, Dr Maria Van Kerkhove juga menggesa tahap waspada ditingkatkan kerana jangkitan koronavirus ini boleh merebak ke sebahagian besar penduduk.
"Virus itu dapat merebak lagi. Oleh itu, kita perlu memastikan bahawa langkah-langkah yang dilaksanakan dilakukan dengan berhati-hati," jelasnya.
Beberapa negara di Asia dan Eropah secara beransur-ansur melonggarkan langkah-langkah kawalan seperti kuarantin, penutupan sekolah, perniagaan dan sekatan pada perhimpunan awam dengan alasan penurunan jumlah kes kematian COVID-19.
Dr Tedros sebelum ini mempertahankan WHO apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump minggu lalu mengarahkan sekatan pembiayaan negara itu kepada agensi berkenaan.
Trump mendakwa WHO gagal menyampaikan maklumat tepat dan telus mengenai wabak itu setelah ia merebak di China akhir tahun lalu.
Bagaimanapun, Dr tedros membantah dakwaan berkenaan.
"Tidak ada rahsia dalam WHO untuk menyembunyikan isu yang berbahaya. Ini adalah masalah kesihatan.
"Virus ini berbahaya. Ia mengeksploitasi keretakan di antara ketika kita mempunyai perbezaan pendapat," katanya.
Dr Tedros menegaskan bahawa kakitangan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS yang ditugaskan untuk bekerja dengan agensinya menunjukkan tanda ketelusan WHO sendiri.
"Mempunyai kakitangan CDC (di WHO) bermaksud tidak ada yang tersembunyi dari AS sejak hari pertama wabak ini.
"Rakan sekerja CDC kami juga tahu bahawa kami memberikan maklumat dengan segera kepada sesiapa pun," kata Dr Tedros.
Ini kerana, menurut Tedros, 'situasi terburuk' wabak itu masih belum berlaku.
Ketua Pengarahnya Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata demikian susulan tindakan banyak negara yang mula melonggarkan langkah pembatasan.
Bagaimanapun, Dr Tedros tidak memperincikan kenyataan tersebut.
Dipercayai, Tedros merujuk kepada kesan yang mungkin berlaku di Afrika di mana sistem kesihatan di sana yang dilihat masih lemah.
Hasil awal tinjauan sero-epidemiologi dari seluruh dunia yang memantau tahap imuniti dalam populasi menunjukkan peratusan penduduk yang agak kecil mungkin telah dijangkiti.
Ketua Teknikal COVID-19 WHO, Dr Maria Van Kerkhove juga menggesa tahap waspada ditingkatkan kerana jangkitan koronavirus ini boleh merebak ke sebahagian besar penduduk.
"Virus itu dapat merebak lagi. Oleh itu, kita perlu memastikan bahawa langkah-langkah yang dilaksanakan dilakukan dengan berhati-hati," jelasnya.
Beberapa negara di Asia dan Eropah secara beransur-ansur melonggarkan langkah-langkah kawalan seperti kuarantin, penutupan sekolah, perniagaan dan sekatan pada perhimpunan awam dengan alasan penurunan jumlah kes kematian COVID-19.
Dr Tedros sebelum ini mempertahankan WHO apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump minggu lalu mengarahkan sekatan pembiayaan negara itu kepada agensi berkenaan.
Trump mendakwa WHO gagal menyampaikan maklumat tepat dan telus mengenai wabak itu setelah ia merebak di China akhir tahun lalu.
Bagaimanapun, Dr tedros membantah dakwaan berkenaan.
"Tidak ada rahsia dalam WHO untuk menyembunyikan isu yang berbahaya. Ini adalah masalah kesihatan.
"Virus ini berbahaya. Ia mengeksploitasi keretakan di antara ketika kita mempunyai perbezaan pendapat," katanya.
Dr Tedros menegaskan bahawa kakitangan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS yang ditugaskan untuk bekerja dengan agensinya menunjukkan tanda ketelusan WHO sendiri.
"Mempunyai kakitangan CDC (di WHO) bermaksud tidak ada yang tersembunyi dari AS sejak hari pertama wabak ini.
"Rakan sekerja CDC kami juga tahu bahawa kami memberikan maklumat dengan segera kepada sesiapa pun," kata Dr Tedros.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.