Ketika manusia saling sabotaj, virus Covid-19 ambil peluang
Oleh Zin Mahmud
Hujung minggu lalu, selebriti Barat bekerjasama mengeluarkan satu program perhubungan awam untuk menyatakan solidariti global melawan Covid-19 dan sekaligus menghargai petugas di barisan depan, “frontliners”.
Selebriti itu kebanyakannya penyanyi antarabangsa yang mendendangkan lagu yang disiarkan dari rumah melalui televisyen global dan media dalam talian. Tetapi ada juga personaliti televisyen. Turut sama hartawan dermawan, Bill Gates dan isterinya Melinda.
Ungkapan yang dipaparkan dalam usaha media massa ini “Global Citizen” atau Warga Global. Iaitu bukan saja selebiriti itu warga global tetapi juga khalayak yang ditujukan program, maknanya seluruh manusia.
Pada hakikatnya, sememangnya semua manusia warga global walaupun tiada pendaftaran di peringkat dunia. Tetapi dari segi rasmi, hampir setiap seorang manusia merupakan warga negara sekurang-kurangnya sebuah negara tertentu, dan hampir semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Secara tidak langsung semua manusia warga global menerusi PBB.
Begitulah manusia patut bertindak apabila berdepan Covid-19. Walaupun
ia tercetus di Wuhan, hakikatnya ia merentas sempadan China dan
tersebar ke seluruh dunia, sedangkan virus itu hanya menjadikan manusia
sebagai perumah untuk pembiakannya.
Covid-19 boleh tersebar dengan luas dan cepat kerana globalisasi. Manusia bukan saja menjadi warga global tetapi melaksanakan globalisasi. Malah ekonomi dan politik dunia hari ini berteraskan globalisasi.
Tidak menghairankanlah, badan yang memimpin usaha melawan Covid-19 adalah agensi PBB iaitu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Agensi itu menyebarkan maklumat dan perakuan bagaimana hendak menghadapi Covid-19. Tetapi yang boleh bertindak ialah negara-negara anggota.
Kedaulatan dan kuasa sebenar tetap terletak pada negara-negara. Mandat yang dipegang PBB dan WHO terhad. Kewarganegaraan lebih berkuasa daripada gagasan warga global. Bagi Covid-19 pula, tentunya ia tidak mengenal warga negara, semuanya manusia.
Di sinilah terserlah manusia tidak bersatu melawan Covid-19. Apabila disedari virus itu keluar dari China dan WHO mengisytiharkannya pandemik, maka semangat yang dinyatakan ialah manusia keseluruhannya sedang menghadapi serangan Covid-19. Ia merupakan suatu “peperangan”. Perang melawan Covid-19. Virus itu disebut sebagai musuh halimunan.
Di peringkat dunia, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mengajak semua negara bersatu menumpukan perhatian melawan Covid-19. Malah beliau menyerukan semua pertempuran mengadakan gencatan senjata supaya semua pihak yang bertelagah tumpukan perhatian pada berdepan wabak ini.
Gambaran manusia mengenepikan perbezaan bangsa, warna kulit, agama dan fahaman politik untuk memberi tumpuan pada musuh bersama sering dicanangkan dalam budaya popular seperti filem edaran global.
Maknanya apabila bumi diancam oleh makhluk asing, maka manusia pun bersatu. Novel fiksyen sains paling awal mengenai perkara ini ialah War of the Worlds karangan HG Wells yang sudah dijadikan drama radio dan filem.
Dalam kisah itu, manusia berdepan dengan makhluk asing, mereka bersatu dan mengalahkan musuh bersama. Tema itu sering digunakan dalam industri filem Hollywood, seringkali pemimpin dunia tentunya Amerika Syarikat. Tetapi ia tidak semestinya ancaman berbentuk makhluk asing tetapi juga ada kalanya dalam bentuk virus yang menyebabkan manusia bertukar menjadi zombi.
Covid-19 bukan makhluk asing. Ia adalah virus yang muncul di Bumi. Tetapi ia merupakan ancaman bagi seluruh manusia. Untuk menghadapinya, bukan saja sesebuah negara patut bersatu, tetapi seluruh dunia.
Tetapi ini tidak berlaku sekarang. Belum pun Covid-19 ditundukkan, manusia sudah berbalah sesama sendiri dan pastinya ia menjejaskan peperangan mementang Covid-19. Masalahnya terletak pada AS dan tokoh pemecahan ini ialah presidennya sendiri, Donald Trump.
Beliau menuduh China menyembunyikan maklumat dan mendedahkan dunia pada Covid-19. Bukan saja beliau menuduh WHO salah urus berhubung Covid-19 tetapi badan itu dikatakan berorientasi China. Kerana itu Washington menghentikan pembayaran dana kepada WHO.
Perkara ini menimbulkan kemarahan bukan saja pada China dan WHO tetapi dalam kalangan ahli politik AS dan Eropah. Walaupun perlu dilakukan siasatan terhadap China dan WHO, tetapi pada waktu ini tumpuan sepatutnya pada memerangi Covid-19.
Pemotongan dana WHO di tengah-tengah pandemik tindakan yang boleh dikatakan sabotaj. Minggu lalu apabila wartawan tanya bagaimanakah WHO hendak mencari dana pengganti, Ketua Pengarah Tedros Adhanom Ghebreyesus menyatakan penilaian akan dibuat dahulu untuk memastikan kesan pemotongan itu. Tetapi beliau tetap mahu perhatian ditumpukan pada mengalahkan Covid-19 terutama di negara-negara miskin.
Sikap permusuhan Trump terhadap China dan WHO berhubung wabak ini membuka dunia pada satu bentuk perang dingin baru. Ternyata Amerika mempunyai sekutu yang turut menimbulkan isu penyembunyian maklumat mengenai Covid-19. Malah diutarakan kemungkinan Covid-19 ini berpunca dari makmal di China yang terlepas keluar. Makmal ini dirujuk sebagai tempat penyelidikan senjata biologi China.
Antara negara-negara yang turut mempersoalkan Beijing ialah Jepun, Australia, Jerman dan Britain. Maka isu Covid-19 ini membahagi dunia pada sekutu Amerika dan China, dengan yang lain akan bersikap berkecuali.
Dalam pertembungan ini, Taiwan juga berperanan. Sebagai sekutu Amerika, tentu Taipei turut serta mempertikaikan Beijing. Mereka juga menimbulkan soal mengapa WHO tidak menerimanya sebagai anggota.
Isu ini dikemukakan juga dalam sidang akhbar WHO minggu lalu. Dalam hal ini, WHO menyatakan pertubuhan itu sebahagian daripada organisasi PBB. Ia mempunyai 2 bahagian struktur. Satu bahagian ialah bidang profesional perubatan yang memegang mandat menyelaras isu kesihatan dunia.
Tetapi urusan politik WHO dalam bahagian yang lagi satu. Dari segi politik, ia menurut dasar PBB.
Oleh kerana PBB menerima Dasar 1 China maka begitu juga WHO. Taiwan tidak dapat menjadi anggota bukan saja PBB tetapi juga WHO. Namun urusan kesihatan Taiwan tetap terpelihara melalui persetujuan kesihatan antarabangsa. Walaupun tidak menganggotai WHO, urusan kesihatan global tetap terpelihara.
Maka seharusnya soal kesihatan global terutama wabak Covid-19 terlepas daripada pertikaian politik.
Bila elemen politik dimasukkan, maka manusia tidak menumpukan perhatian untuk menundukkan wabak virus itu.
Tetapi Trump bukan saja memecah-belahkan dunia ketika menghadap wabak ini. Di AS sendiri, beliau turut menimbulkan perpecahan. Presiden itu bertelagah dengan gabenor-gabenor dalam soal perintah berkurung. Tindakannya itu dilihat sebagai usaha untuk mendapatkan markah politik dalam persaingan bagi pilihan raya presiden tahun ini.
Ketika mana gabenor dari Parti Demokratik berusaha untuk memutus rantai wabak Covid-19 di negeri masing-masing, Trump menuntut supaya perintah kurungan dihentikan bagi membolehkan ekonomi bergerak semulanya.
Jadi untuk melawan Covid-19, ia memerlukan perpaduan dan solidariti sesama manusia di semua peringkat. Daripada peringkat tempatan, negeri atau wilayah, negara, rantau dan global.
Sebarang pertelagahan sesama sendiri akan melemahkan usaha memerangi wabak Covid-19. Manusia mampu melakukan sabotaj sesama sendiri, sedangkan virus Covid-19 terus mengambil peluang apa yang ada, dan kuman tidak bertelagah sesama sendiri.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.