https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pengendali stesen minyak hampir muflis

PENGENDALI stesen minyak meminta kerajaan membenarkan mereka menutup perniagaan disebabkan kos operasi yang tinggi dan pendapatan rendah sepanjang empat minggu terakhir perintah kawalan pergerakan (PKP) yang mendorong mereka menjadi muflis.

Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera memberitahu The Malaysian Insight mereka akan muflis sekiranya sebilangan daripada mereka tidak diberi pilihan menangguhkan operasi sepanjang PKP.

Kesukaran mereka meneruskan perniagaan disebabkan oleh gabungan harga minyak global yang rendah, kos operasi yang terlalu tinggi dan penurunan pendapatan sejak PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac.

PKP dilaksanakan bagi membendung penyebaran wabak Covid-19 yang setakat ini meragut 86 nyawa dan menjangkiti 5,251 orang.

Presiden Persatuan Abu Samah Bachik berkata peniaga di seluruh negara mengalami kerugian antara RM5,000 hingga RM6,000 seminggu sepanjang PKP atau secara kolektif antara RM40,000 hingga RM100,000 dalam empat minggu terakhir.

Sebanyak 3,000 daripada 3,700 stesen minyak di seluruh negara merupakan ahli persatuan berkenaan.
“Apabila kami tidak membuat sebarang jualan, kami rugi. Tetapi apabila kami membuka stesen kami untuk menjual, kami rugi lebih banyak.

“Kami rugi bila membeli petrol dengan harga lebih inggi daripada harga yang dibenarkan untuk dijual sekarang.

“Sebagai contoh seminggu sebelum PKP, seorang peniaga akan membeli 10,000 liter petrol RON95 pada harga kira-kira RM1.80 seliter. Minggu berikutnya harga turun menjadi RM1.70 seliter.

“Tetapi apabila kami membuka stesen untuk menjual minyak, kami rugi banyak kerana jual lebih murah dari apa yang kami beli. Kami juga rugi kos elektrik dan gaji kakitangan.

“Walaupun kami buka stesen minyak, kami tidak dapat memperoleh pendapatan yang cukup untuk menampung kos kerana majoriti penduduk tidak dapat membuat perjalanan,” katanya merujuk kepada PKP yang mengehadkan perjalanan hanya sejauh 10km saja.

Syarikat minyak yang kejam

Oleh kerana itu Abu Samah berkata persatuan meminta kerajaan membenarkan mereka menutup operasi sepanjang PKP agar pengendali dapat menjimatkan wang.

Secara undang-undang stesen minyak dilarang tutup tanpa persetujuan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Peniaga juga mahu kerajaan meyakinkan syarikat petroleum untuk memberikan penangguhan sewa dan pinjaman.

“Sebagai contoh di kawasan 10 km jika ada lima stesen minyak, empat harus dibenarkan tutup jika mereka mahu sementara satu lagi tetap dibuka untuk pengguna di daerah itu.

“Tidak semua stesen minyak mahu menutup operasi. Ada yang masih menerima aliran pelanggan yang stabil sekirnaya mereka berada di jalan utama yang sibuk,” katanya.

PKP yang memasuki minggi kelima bertepatan dengan penurunan harga petrol dunia akibat perang harga antara pengeluar utama dan kemerosotan ekonomi dunia akibat wabak global.

Ketika PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac, harga RON95 adalah RM1.82 seliter – bahan bakar yang paling banyak digunakan dan RM1.87 seliter untuk diesel.

Untuk minggu 11 hingga 17 April, harga turun menjadi RM1.25 seliter untuk RON95 dan RM1.46 seliter untuk diesel.

Abu Samah berkata pemilik stesen memperoleh keuntungan melalui komisen berdasarkan jumlah petrol yang mereka jual.

“Biasanya seorang peniaga perlu menjual sekitar 10,000 liter sehari untuk memperoleh pendapatan. Tetapi sepanjang PKP kebanyakan peniaga menjual antara 1,000 dan 2,000 liter sehari.

“Disebabkan harga petrol yang murah dan orang ramai tidak boleh memandu jauh, mereka sudah boleh mengisi tangki sebanyak RM20 dan ini akan bertahan selama seminggu,” katanya.

Penjual menghabiskan duit simpanan mereka apabila terpaksa membuka stesen minyak dan penutupan sementara akan membolehkan sekurang-kurangnya mempunyai sejumlah wang ketika PKP dilonggarkan dan orang ramai dapat kembali melakukan perjalanan.

“Ketakutan kami adalah jika semua simpanan dihabiskan sekarang, kita tidak akan ada duit mencukupi untuk membeli bekalan minyak dari syarikat minyak ketika ekonomi bermula semula.

“Dan apabila kita tidak mempunyai wang mencukupi untuk membeli bekalan, syarikat akan meminta kami untuk menutup kedai. Mereka tidak ada belas kasihan.

Tambahnya, disebabkan itu mereka mahu kerajaan memaksa syarikat minyak menangguhkan sewa yang dikenakan, jika tidak mereka tidak akan dapat bertahan.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.