Adham dikecam selepas dakwa bercakap dengan ‘500 negara’ isu Covid-19
CUBAAN menyelamatkan kewibawaan Menteri Kesihatan Adham Baba
nampaknya sekali lagi tidak terkesan malah mendapat kecaman media sosial
selepas beliau mendakwa bercakap dengan lebih 500 negara berkaitan isu
Covid-19.
Dalam siaran langsung di Facebook bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Adham berkata beliau yakin yang usahanya setakat ini selaku menteri kesihatan juga diiktiraf di peringkat antarabangsa.
“Saya buat persidangan video dengan WHO (Organisasi Kesihatan Dunia), saya buat siaran langsung (persidangan video) dengan menteri kesihatan dari China, Singapura dan juga persidangan langsung dengan menteri Asean,” katanya.
“Saya buat persidangan video dengan WHO, 500 negara,” katanya kepada Zahid.
Adham juga memuji tindakannya menggunakan tanda pagar #KitaMestiMenang setiap kali membuat coretan atau pengumuman di media sosialnya.
Adham juga menyalahkan kerajaan terdahulu kerana gagal menghalang perhimpunan Tabligh di Seri Petaling.
“Jika kluster tabligh dihalang, tidak akan ada gelombang kedua. Kita mungkin hanya ada kluster kecil,” katanya dalam siaran langsung disiarkan di Facebook Zahid.
Bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad pula dilaporkan berkata yang Adham sepatutnya menerajui Kementerian Kesihatan dan bukannya mencari salah kerajaan terdahulu.
“Berdepan dengan wabak besar, negara mahu melihat menteri menyediakan hala tuju dan kepimpinan strategik yang boleh menyokong peranan dimainkan ketua pengarah kesihatan (Dr Noor Hisham Abdullah),” katanya dipetika Malaysiakini.
Dzulkefly juga membidas dakwaan Adham tentang kluster Seri Petaling, berkata beliau seharusnya sedar permit perhimpunan massa dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri dan bukannya Kementerian Kesihatan.
Malah, kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada 24 Februari dan digantikan dengan kerajaan Perikatan Nasional diterajui Muhyiddin Yasssin. Himpunan tabligh Seri Petaling yang menjadi kluster terbesar Covid-19 negara ini dijalankan pada 28 Februari sehingga 2 Mac.
Dakwaan Adham yang beliau bercakap dengan 500 negara juga dikecam hebat pengguna media sosial.
Terdapat hanya 195 buah negara di dunia yang diiktiraf Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.