https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pimpinan Umno serang kerajaan PN

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melalui hantaran di Imedia sosialnya hari ini membidas tindakan Timbalan Menteri Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang disifatkannya tidak menunjukkan contoh yang baik dan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berkuatkuasa.

Noor Azmi dilaporkan menyertai satu jamuan makan yang dihadiri oleh lebih daripada 30 orang di bangunan sebelah rumah Adun Semanggol, Razman Zakaria di Lenggong Perak.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini berkata, sesiapa sahaja yang didapati berkumpul dalam mana-mana keramaian, walaupun sudah diarahkan untuk mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akan berdepan hukuman dua tahun penjara.

Kata Khaled, di negara lain seperti New Zealand, menteri kesihatannya meletakkan jawatan kerana melanggar peraturan perintah berkurung.

“Begitu juga orang awam di negara masing-masing, melahirkan kemarahan kepada menteri prumahan UK dan menteri komunikasi South Africa atas sebab yang sama.

“Kita tidak mahu ada peraturan-peraturan yang berbeza, kepimpinan mesti tunjukkan tauladan,” tulis beliau.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Tan Sri Shahril Samad dan Ketua Pemuda, Asyraf Wajdi Dusuki dan Penasihat Umno, Datuk Seri Najib Razak menyerang Menteri Kanan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kesemua mereka tidak berpuashati dengan beberapa langkah yang dibuat Azmin melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang disifatkannya akan memberikan lebih banyak ruang untuk menggagalkan usaha memutuskan rangkaian penyebaran Covid-19.

Selain Azmin, pemimpin Umno juga menghalakan serangan mereka kepada pemimpin Bersatu yang lain manakala MCA pula mula menunjukkan sikap sebenar mereka terhadap Pas.

Datuk Azalina Othman Said terus menerus membuat serangan kepada Bersatu. Yang terbaru adalah terhadap Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Tan Sri Annuar Musa pula mengkritik dan terus mensekolahkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan dari Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal yang terasa berada dalam Kabinet walaupun hanya timbalan menteri.








Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.