POWR: GLC rosak dipimpin wakil rakyat kerajaan
KUALA LUMPUR, — Kerajaan tidak seharusnya melantik ahli politik mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kata sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
Projek Wawasan Rakyat (POWR) dalam satu kenyataan berkata, GLC merupakan pemacu utama ekonomi dan adalah tidak sesuai jika ia diketuai ahli politik.
“Kami menggesa kerajaan persekutuan tidak melantik ahli parlimen untuk mengetuai GLC, sebaliknya melantik individu non-partisan yang paling berkelayakan dan berwibawa untuk mengetuai GLC tersebut,” kata kenyataan itu.
POWR juga berkata, lantikan politik dalam GLC pernah diamalkan kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, malangnya, ia diteruskan di bawah Perikatan Nasional.
Katanya, pentadbiran terdahulu sering kali berjanji melakukan perubahan terhadap budaya dan amalan ini, tetapi tiada yang menunaikan janji tersebut.
“Lebih ramai dan kerap amalan perlantikan ahli politik senior ke jawatan GLC yang menawarkan pendapatan lumayan diamalkan, lebih banyak jawatan kanan parti politik akan dilihat sebagai kaedah untuk menambah kekayaan ahli politik dan penyokong mereka.
“Justeru itu, lebih banyak wang yang akan dilaburkan untuk pemilihan parti serta politik wang dalam bentuk yang lain,” kata kenyataan itu lagi.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.