Timbalan menteri langgar PKP, Perlu Letak Jawatan ?
KUALA LUMPUR, 18 April — Tindakan timbalan menteri kesihatan mengadakan lawatan ke Maahad Tahfiz di Lenggong, Perak semalam terus dikecam pelbagai pihak.
Naib Presiden Umno berkata tindakan Datuk Noor Azmi Ghazali bukan sahaja melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malah beliau bertanggungjawab atas portfolio kesihatan negara.
Jelas Datuk Seri Khaled Nordin, tindakan Noor Azmi seperti diperkatakan pelbagai pihak tidak menunjukkan contoh teladan yang baik semasa tempoh PKP ini.
“Di negara lain seperti New Zealand, menteri kesihatannya letak jawatan kerana melanggar peraturan berkurung.
“Begitu juga orang awam di negara masing-masing melahirkan kemarahan kepada Menteri Perumahan United Kingdom dan Menteri Komunikasi Afrika Selatan atas sebab yang sama.
“Kita tidak mahu ada peraturan-peraturan yang berbeza, kepimpinan mesti tunjukkan tauladan,” tulis Khaled menerusi perkongsian Instagram.
Sependapat dengan bekas menteri besar Johor, kebanyakan warga maya berhujah dengan memberi contoh tindakan tegas dilakukan oleh negara jiran lain.
“Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi amaran tegas kepada individu yang melanggar undang-undang sepanjang tempoh perintah berkurung boleh ditembak,” tulis Abg Lan3333.
Pengguna bernama Fadziln9 pula mengusik bahawa tindakan Noor Azmi itu dikatakan sebagai usaha meraih perhatian ‘bos besar’ dengan memperlihatkan diri bertugas ketika Covid-19 menular.
“Nanti kalau tak hantar gambar ‘bos besar’ tak tahu pula dia dah buat kerja. Tapi hantar gambar macam ini dalam suasana sekarang bukanlah satu tindakan yang bijak,” tulis Fadziln9.
Khaled turut terkena tempias usikan daripada pengikutnya bernama Ihsan Sainin.
“Pos (Hantaran) macam ini salah satu skop ‘semak dan imbang’ ke Datuk,” usik Ihsan pula.
Hantaran Khaled mendapat 1,058 tanda suka setakat ini.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.