https://critoxium.com/shop/

Terkini

Antara Kes Mabuk Dan Ruu355



Tadi sahabat share status seorang Prof kangkung kata..Kalau nak pinda Akta 333..hanya perlukan beberapa minggu..

Kat mana dia ni belajar dulu.. nak pinda perlembagaan parti dan persatuan pun ambil masa... takkan Prof pun jahil macam tu..

Sebarang pindaan kena dirujuk pihak atau pemegang taruh seperti PDRM,JPJ, MIRROS hatta pejabat Peguam Negara.. bukan main bentang macam tu... kes Mabuk ni dimainkan kelompok Ashabiyah UMNO dan PAS hanya pada penghujung tahun 2019..

kalau ikut jadual, sidang Mac dah boleh bentang.. padehal zaman UMNO berpuluh tahun tak pinda pun..jika ikut statistik..Jumlah kes kematian akibat mabuk..Kes 5 tahun sebelum tu lagi tinggi dari tahun 2019..masa tu PAS tak bisingpun nak pinda..

Nak mudah faham..Kita bertanya lah kepada pengalaman Ulama'..Cuba tanya Haji Hadi..masa dia nak pinda RUU 355.. Berapa kali sidang Dewan Rakyat dia tangguh.. Berapa kali dia baca usul yang sama.. rasa dekat 2 tahun dok tang situ jer....tu baru baca usul.. belum bentang Rang Undang2 lagi...

Jadi tanya lah Haji Hadi.. Dia jer pengalaman bentang usul pinda rang undang2(355) makan masa 2 tahun..masuk tahun ni dah 4 tahun.. Bayangkan dengan himpunan berpuluh ribu.. dengan Tshirt ungunya..lepas Haji Hadi berjaya baca usul tudi dewan rakyat..,

Dia disambut kepulangannya di Airport sebagai satu kemenangan besar Ummat Islam sepertimana kes Saman Sarawak report dulu.. seolah olah Haji Hadi baru lepas menang dalam peperangan dengan Israel..


Ipohmali

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.