https://critoxium.com/shop/

Terkini

Anwar ''Tepuk Dada''

Oleh Abu Hassan Adam

Ramai rakan-rakan lama bertanya aku tentang Anwar Ibrahim. Tetapi soalan yang sering ditanyakan ialah mengapa Anwar begitu bersabar menghadapi kerenah Tun Mahathir.

 Hampir semua orang kampung sedar tentang tindakan Tun Mahathir terhadap Anwar yang seolah-olah Anwar sentiasa dipermain-mainkan. ia itu mengenai janji untuk menyerahkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke8 yang kini merupakan fakta sejarah.

Itu merupakan janji Pakatan Harapan yang telah termeterai bersama. Sepatutnya Tun Mahathir tidak perlu banyak bicara menepati janji yang telah ditepati. Apa perlu lagi beliau mengelak apabila ditanyakan apabila dibangkitkan tentang janji berkenaan.

Kelihatan jelas hasrat Tun Mahathir tidak mahu menyerahkan jawatan berkenaan kepada Anwar dengan berbagai daleh dan helah.

 Kanak-kanak pun dapat membaca tentang tindakan Tun Mahathir berkenaan. Namun Anwar masih bersabar.

Dan kesabaran beliau yang sedemikian yang banyak merunsingkan penyokong tegar beliau di peringkat akar umbi.

Sebenarnya Anwar masih mempunyai penyokong yang kuat dan kukuh dikalangan akar umbi masyarakat Malaysia dari semua bangsa rakyat Malaysia samada Melayu, Cina, India dan semua kaum di Sabah dan Sarawak.

Adanya cakap-cakap yang mengatakan bahawa beliau tidak mendapat sokongan orang Melayu hanya cakap politik golongan yang sentiasa ingin menjatuhkan beliau.

Anwar sebenarnya amat ditakuti dari segi ketegasan beliau dalam merencanakan sesuatu pentadbiran negara.

Mungkin itu juga salah satu sebab mengapa Tun Mahathir begitu berat dan berkira-kira untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Ramai yang pernah menjadi pemimpin negara sememangnya tidak suka Anwar jadi Perdana Menteri apatah lagi yang pernah terpalit dengan kegiatan rasuah.

Golongan sedemikian seboleh-bolehnya mahu Anwar ‘direhatkan’ lagi supaya golongan ini bermaharajalela dengan sebebas-bebasnya mengekploitasi khazanah negara.

Anwar harus tahu dan sedar bahawa rakyat bawahan yang memberikan sokongan padu kepada beliau sudah agak jemu melihat gelagat Anwar yang sentiasa bersabar dalam menghadapi kerenah Tun Mahathir.

Mungkin mereka tidak mahu berterus terang memikirkan yang Anwar mempunyai strategi tertentu untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah itu.

Betul menyelesaikan sesuatu masalah seperti mengambil sehelai rambut dalam tepung tetapi sudah begitu lama beliau berada dalam kemelut sedemikian. Maka sudah sampai masanya Anwar harus bertindak mengikut suara hati rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan terhadap beliau.
Tepuk dada… abuhassanadam





Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.