Sayap Pemuda Bersatu (Armada) membuat keputusan menolak kerjasama dengan Umno, sebaliknya kembali bekerjasama dengan PH.
Armada
berkata, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas yang dihadiri
exco dan ketua Armada negeri, serta pengerusi Bersatu Dr Mahathir
Mohamad.
"Ahli-ahli mesyuarat telah berbincang dan pada akhirnya
bersetuju untuk menetapkan pendirian rasmi sayap Armada, iaitu menyokong
penuh pendirian Dr Mahathir untuk tidak bekerjasama dengan Umno.
"(Serta)
mengembalikan mandat rakyat sebagaimana yang telah diberi pada Pilihan
Raya Umum ke-14 yang lepas dan kembali bekerjasama dengan Pakatan
Harapan," kata Armada dalam satu kenyataan hari ini.
Armada
berkata, pendirian itu dicapai berdasarkan undian dengan dua pertiga
anggota mesyuarat menyokong, dan selebihnya mengambil pendirian
berkecuali.
Keputusan itu di tengah-tengah seruan agar Bersatu kembali kepada PH, seperti yang disuarakan timbalan presiden Mukhriz Mahathir.
Seorang lagi pemimpin Bersatu, Marzuki Yahya pula berkata PH merupakan pasukan terbaik seperti yang terbukti pada PRU ke-14.
“Ini
jalan yang terbaik supaya bersatu kembali ke PH untuk tangani masalah
negara yang ditinggalkan BN,” katanya. Jawatan Marzuki sebagai
setiausaha agung Bersatu kini dalam pertikaian, susulan pergeseran
antara Mahathir dengan presiden parti, Muhyiddin Yassin.
Dalam pada itu, Armada berkata Bersatu telah bersama PH sejak tempoh awal penubuhannya.
"Susah dan senang akan kita hadapi bersama sebagai satu keluarga," kata Armada.
Untuk
rekod, sayap pemuda itu diketuai bekas menteri Belia dan Sukan Syed
Saddiq Syed Abdul Rahman, yang merupakan antara pemimpin parti yang
menyokong Mahathir.
Pada Februari lalu, Muhyiddin Yassin selaku presiden membawa keluar Bersatu daripada PH, mengakibatkan kejatuhan kerajaan PH.
Bersatu bakal mengadakan pemilihan parti, di mana Mukhriz dikatakan bakal mencabar Muhyiddin bagi jawatan presiden.
Armada tolak Umno, mahu kembali kepada PH
Reviewed by editorreformis
on
Mei 07, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Saya, Abdul Muein Bin Abadi, seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, dengan ini mengambil kesempatan untuk memohon maaf kep...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.