https://critoxium.com/shop/

Terkini

Bukan semua ahli Parlimen layak pegang jawatan GLC,

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sikap kerajaan yang melantik ahli Parlimen dan pemimpin utama Perikatan Nasional (PN) ke jawatan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beliau menyifatkan bukan semua ahli Parlimen berkelayakan dan berwibawa untuk melaksanakan amanah kepada rakyat.

“Ini bukti Melayu ke mana, Islam ke mana. Kalau betul cakap soal Melayu, kita ambil Melayu yang berwibawa, cekap dan boleh menyelamatkan institusi Melayu itu. Tetapi tidak, kita beri habuan supaya dapat jaminan sokongan terhadap kita.

“Orang tanya apakah salah kalau ahli Parlimen jadi pengerusi GLC? Saya kata tidak salah. Kalau betul dia orang yang layak, ada kewibawaan, silakan. Tetapi takkan setiap ahli Parlimen ada kelayakan untuk memegang semua jawatan ini (GLC)? Tidak,” dipetik Sinar Ahad hari ini.

Anwar berkata demikian dalam wawancara eksklusif media tersebut di di pejabat Anwar di Bukit Gasing, Petaling Jaya awal minggu ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Port Dickson itu menegaskan menjadi satu jenayah apabila meletakkan individu yang tidak berkelayakan menggalas tanggungjawab diamanahkan atas faktor politik.

“Kita sudah tengok Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tabung Haji, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Kalau tidak diurus dengan baik, institusi Bumiputera yang sangat penting ini akan habis,” ujarnya lagi.

Pada 12 April lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Takiyuddin Hassan berkata, semua ahli Parlimen kerajaan akan diberi tanggungjawab mengendalikan GLC.

Kata Ahli Parlimen Kota Bharu itu, secara umumnya setiap jawatan itu bergantung kepada undang-undang mengikut kementerian masing-masing.

Jelasnya, ada agensi atau GLC yang mana pengerusinya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong dan ada lantikan yang dibuat oleh menteri berkaitan.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.