Pemuda PH Johor alu-alukan Armada sertai PH, tolak Umno
Pemuda Pakatan Harapan (PH) Johor sangat mengalu-alukan kenyataan
rasmi Armada Bersatu pusat yang tegas menolak kerjasama dengan Umno.
Kenyataan dikeluarkan menunjukkan ketegasan serta setiakawan terhadap PH yang merupakan rakan kolasi yang telah bertungkus lumus menumbangkan rejim kleptokrat dipelopori Umno.
Demikian menurut satu kenyataan Pemuda PH Johor semalam. Kenyataan tersebut dibuat bersama Ketua Pemuda AMANAH Johor, Taqiyuddin Cheman, Ketua Angkatan Muda KeADILan Johor, R. Yuneswaran dan Ketua Pemuda DAP Johor, Sheikh Umar Bahgarib Ali.
“Mengulas kenyataan balas dikeluarkan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi, kami nasihatkan agar Asyraf cerminlah dirinya sendiri terlebih dahulu. Langkah berkerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) lah yang hakikatnya telah mengkhianati mandat rakyat.
“Asyraf perlu sedar dan berasa malu kerana kerajaan PN yang parti beliau sendiri menjadi sebahagian daripadanya adalah kerajaan merupakan bukan pilihan rakyat. Jika beliau kurang pasti, tanyalah YAB Tan Sri Perdana Menteri untuk mendapatkan pengesahan!,” kata kenyataan itu.
Katanya, Pemuda PH Johor menyifatkan pendirian Armada Bersatu sebagai suatu bentuk Solidariti Bersama Rakyat serta mandat yang telah mereka berikan kepada PH dalam PRU ke-14 lalu.
“Kudos! Salut dari Pemuda PH Johor buat rakan-rakan Armada Bersatu Pusat,” katanya.
Terdahulu, Armada Bersatu Malaysia telah menyatakan pendirian untuk kekal bersama Pakatan Harapan (PH) dan tidak akan bekerjasama dengan Umno.
Dalam kenyataanya semalam, Armada memaklumkan, keputusan dicapai berdasarkan undian yang dibuat semasa perjumpaan dan dipersetujui lebih 2/3 ahli mesyuarat dan selebihnya berkecuali tanpa ada yang menolak.
Armada turut menyokong penuh pendirian Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak bekerjasama dengan Umno.
Keputusan tersebut diumumkan selepas satu mesyuarat khas diadakan bagi membincangkan isu masa hadapan dan kelangsungan parti yang dihadiri Exco Armada, ketua-ketua Armada Negeri dan Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.