PH bersama Dr M, Warisan tekad rampas Putrajaya daripada PN
PETALING JAYA: Pakatan Harapan bersama bekas perdana menteri, Dr
Mahathir Mohamad dan Warisan tekad mengembalikan mandat rakyat dengan
merampas kerajaan persekutuan daripada Perikatan Nasional.
“Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju menegaskan tekad dan meningkatkan usaha mengembalikan mandat rakyat dengan keutamaan mengambil alih semula kerajaan.
“Ini kerana mesyuarat sependapat wujudnya masalah keabsahan kerajaan akibat kegagalan Muhyiddin Yassin menguji sokongan beliau di kalangan ahli-ahli Parlimen ,” menurut kenyataan ditandatangani semua pemimpin pembangkang hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat PH yang dipengerusikan Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Mahathir serta Presiden Warisan, Shafie Apdal.
Mereka berkata, Parlimen ialah institusi demokrasi ulung negara yang
perlu berfungsi dengan baik bagi memastikan proses semak dan imbang
berjalan lancar, di mana sokongan kepada perdana menteri perlu diuji dan
disahkan.
“Kami tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan mengadakan sidang untuk hanya mendengar titah diraja, serta menegaskan pendirian blok pembangkang bahawa Parlimen mesti bersidang lebih daripada apa yang diusahakan kerajaan sekarang.”
Dewan Rakyat akan bersidang buat pertama kalinya esok selepas kejatuhan kerajaan PH dengan satu-satunya agenda mesyuarat ialah ucapan Yang di-Pertuan Agong tanpa sebarang perbahasan atau usul akan dibentangkan selepas itu.
Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof dilaporkan berkata, pindaan urusan itu dibuat selepas beliau menerima surat daripada Muhyiddin memaklumkan keputusan itu disebabkan penularan Covid-19 “belum reda sepenuhnya”.
Pemimpin pembangkang juga tidak berpuas hati dengan tindakan Muhyiddin yang didakwa cuba meraih sokongan ahli Parlimen dengan memberi jawatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan duta bertaraf menteri kepada mereka.
“Ini adalah amalan tidak baik dan merosakkan perjalanan reformasi institusi yang dimulakan lebih 22 bulan lalu.”
Mereka juga sepakat anak Rosmah Mansor, Riza Aziz yang dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan pengubahan wang ialah petanda beberapa kes besar lain melibatkan tokoh politik akan menggunakan penyelesaian sama.
Khamis lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk melepas tanpa membebaskan Riza daripada 5 pertuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta (RM1.08 bilion).
Pendakwa Raya ad hoc, Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah ia tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian itu.
Sementara itu, pemimpin pembangkang berkata, pakej rangsangan berjumlah RM260 bilion yang diumumkan sebelum ini belum dibentang dan diluluskan Parlimen.
“Ahli-ahli Parlimen mesti diberi peluang untuk membahaskan pakej rangsangan ini bagi memastikan tiada ketirisan dalam penyampaian bantuan kepada rakyat.
“Mesyuarat juga membincangkan isu beberapa kementerian baru diwujudkan, namun peruntukan perbelanjaan bagi kementerian ini belum dibentang sebagai rang undang-undang dan diluluskan di Parlimen.
“Ini semestinya akan menimbulkan persoalan berkenaan perjalanan urusan serta sebarang perbelanjaan yang berkait dengan kementerian ini.”

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.