Tok Mat sah tolak jawatan dalam GLC, mahu fokus pada Umno
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengesahkan
beliau menolak pelantikan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Mohamad berkata, penolakan itu dibuat bertujuan memberikan sepenuh tumpuan kepada parti.
“Ya, saya tolak jawatan di sebuah GLC. Saya mahu beri tumpuan sepenuhnya pada parti,” katanya
Terdahulu, tersebar di media sosial satu senarai pelantikan sejumlah pemimpin Umno bagi mengetuai GLC, antaranya Mohamad yang dikatakan akan dilantik pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Selain Mohamad, senarai berkenaan turut menyebut Ahli Parlimen Gua
Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan dilantik sebagai pengerusi Petronas
dan Ahli Parlimen Padang Terap Mahdzir Khalid akan dilantik sebagai
pengerusi Telekom Malaysia Berhad (TM).
Semalam, Ahli Jawatankuasa PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dan Ahli Parlimen Beaufort Azizah Mohd Dun antara 5 individu dilantik sebagai pengerusi agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Nik Mohamad Abduh yang juga ahli Parlimen Bachok dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (Kesedar), manakala Azizah dilantik sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang baru untuk tempoh 2 tahun hingga 30 April 2022.
Selain itu, Ahli Parlimen Jempol, Mohd Salim Mohd Sharif dari Umno turut dilantik sebagai pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).
Adun Permas, Che Zakaria Mohd Salleh dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), sementara Pengerusi PPBM Terengganu, Senator Razali Idris pula dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Terengganu Tengah (Ketengah).
Mohamad berkata, penolakan itu dibuat bertujuan memberikan sepenuh tumpuan kepada parti.
“Ya, saya tolak jawatan di sebuah GLC. Saya mahu beri tumpuan sepenuhnya pada parti,” katanya
Terdahulu, tersebar di media sosial satu senarai pelantikan sejumlah pemimpin Umno bagi mengetuai GLC, antaranya Mohamad yang dikatakan akan dilantik pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Semalam, Ahli Jawatankuasa PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dan Ahli Parlimen Beaufort Azizah Mohd Dun antara 5 individu dilantik sebagai pengerusi agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Nik Mohamad Abduh yang juga ahli Parlimen Bachok dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (Kesedar), manakala Azizah dilantik sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang baru untuk tempoh 2 tahun hingga 30 April 2022.
Selain itu, Ahli Parlimen Jempol, Mohd Salim Mohd Sharif dari Umno turut dilantik sebagai pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).
Adun Permas, Che Zakaria Mohd Salleh dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), sementara Pengerusi PPBM Terengganu, Senator Razali Idris pula dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Terengganu Tengah (Ketengah).
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.