Adakan PRU untuk tamatkan ketidakpastian
Pilihan
raya mengejut dapat menghentikan ketidaktentuan majoriti di Parlimen
antara Perikatan Nasional (PN) dan PH, menurut Anggota Parlimen Padang
Rengas Nazri Aziz.
Justeru, bekas menteri itu menggesa ia diadakan apabila wabak Covid-19 terkawal bagi menamatkan "permainan ping pong" antara dua gabungan itu.
“Hari ini PN kata ada sokongan dan esoknya PH kata ada sokongan dan kemudian PN membalas. Hentikan ketidakpastian ini dan ayuh kita berpilihan raya," katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.
Minggu lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilaporkan sedang mempertimbang untuk mengadakan pilihan raya paling awal hujung tahun ini, bagi mendapatkan mandat baru untuk pentadbirannya.
Beliau turut menyuarakan sokongan kepada pentadbiran Muhyiddin yang disifatkannya sebagai pilihan paling popular dan telah menunjukkan kemampuan sebagai perdana menteri setakat ini.
Jika pilihan raya diadakan, beliau berharap Umno, PAS dan Bersatu dapat mencapai persetujuan mengenai agihan kerusi memandangkan semua parti itu mungkin menyasarkan kerusi yang sama.
“Pastikan PN ada majoriti yang kuat dan selepas itu kita betul-betul hentikan permainan ini," katanya lagi.
Pada 2018, Umno dan PAS bertembung di 105 kerusi Parlimen, dan PAS juga bertembung dengan parti komponen BN lain melebihi 49 kerusi.
Umno dan PAS telah berjanji untuk tidak lagi bertanding di kerusi sama dalam pilihan raya akan datang. Dengan kemasukan Bersatu dalam isu ini, peruntukan kerusi dalam PN menjadi satu perkara yang menarik untuk diperhatikan.
Justeru, bekas menteri itu menggesa ia diadakan apabila wabak Covid-19 terkawal bagi menamatkan "permainan ping pong" antara dua gabungan itu.
“Hari ini PN kata ada sokongan dan esoknya PH kata ada sokongan dan kemudian PN membalas. Hentikan ketidakpastian ini dan ayuh kita berpilihan raya," katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.
Minggu lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilaporkan sedang mempertimbang untuk mengadakan pilihan raya paling awal hujung tahun ini, bagi mendapatkan mandat baru untuk pentadbirannya.
Beliau
dilaporkan telah menyatakan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan
Tertinggi (MPT) Bersatu pada 4 Jun lalu, serta dalam siri taklimat
dengan ketua-ketua bahagian kemudiannya.
Mengulas lanjut, Nazri
berkata PH mungkin belum mendapat sokongan secukupnya untuk mengambil
semula kerajaan persekutuan memandangkan gabungan itu tidak menunjukkan
bukti seperti akuan bersumpah anggota Parlimen yang menyokong mereka.Beliau turut menyuarakan sokongan kepada pentadbiran Muhyiddin yang disifatkannya sebagai pilihan paling popular dan telah menunjukkan kemampuan sebagai perdana menteri setakat ini.
Jika pilihan raya diadakan, beliau berharap Umno, PAS dan Bersatu dapat mencapai persetujuan mengenai agihan kerusi memandangkan semua parti itu mungkin menyasarkan kerusi yang sama.
“Pastikan PN ada majoriti yang kuat dan selepas itu kita betul-betul hentikan permainan ini," katanya lagi.
Pada 2018, Umno dan PAS bertembung di 105 kerusi Parlimen, dan PAS juga bertembung dengan parti komponen BN lain melebihi 49 kerusi.
Umno dan PAS telah berjanji untuk tidak lagi bertanding di kerusi sama dalam pilihan raya akan datang. Dengan kemasukan Bersatu dalam isu ini, peruntukan kerusi dalam PN menjadi satu perkara yang menarik untuk diperhatikan.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.