PEMIMPIN Bersatu mengakui parti itu belum bersedia untuk menghadapi
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana tiada kesepakatan seperti di
antara PAS dan Umno berhubung agihan kerusi.
Pemimpin Bersatu Selangor Mohd Shaid Rashid berkata perebutan kerusi
dijangka hangat memandangkan ketiga-tiga parti dalam PN mahu bertanding
banyak kerusi di kawasan Melayu.
Oleh itu beliau tidak yakin Bersatu akan mendapat peluang bertanding
di 50 kerusi seperti yang dituntut pemimpin parti itu, katanya.
“Kerusi tradisi Umno, PAS, dan Bersatu adalah kerusi Melayu. Mana mungkin nak dapat 50 kerusi Parlimen untuk bertanding.
“Cadang kita boleh cadang, tapi berapa (kerusi) boleh dapat?
“Bersatu tiada calon Cina dan India. Jadi sudah tentu akan bertanding
di tempat Melayu. PAS juga tentu hendak bertanding di kawasan Melayu,”
katanya.
Beliau berkata demikian mengulas pendedahan The Malaysian Insight
mengenai hasrat pemimpin partinya untuk bertanding di 50 kerusi parlimen
dalam PRU15.
Shaid berkata permintaan itu tentunya sukar untuk dilaksanakan oleh
parti dalam PN kerana masing-masing berebut kawasan yang sama.
“Bila macam itu siapa yang hendak mengalah. Umno pun hendak tempat Melayu kerana tempat bukan Melayu Umno tak boleh menang.
“Maka akan jadi perebutan antara satu sama lain. Di Malaysia, di
semenanjung ini khususnya, sebenarnya kerusi Melayu dalam 60 saja,” kata
Shaid.
Shaid adalah tiga Adun Bersatu Selangor yang kekal setia menyokong Dr
Mahathir Mohamad walaupun parti itu keluar dari PH sehingga menyebabkan
gabungan tersebut hilang kuasa di Putrajaya.
Shaid turut membangkitkan, Bersatu hanya menang kerusi di pantai
barat semenanjung, daripada 52 kerusi ditanding semasa PRU14 ketika
bersama PH.
Hampir 92% kerusi tersebut merupakan kawasan ditandingi Umno dan
beliau tidak yakin parti tersebut akan menyerahkan kerusi berkenaan
untuk ditandingi Bersatu.
“Di Pahang, Kelantan, Terengganu, Bersatu tidak ada kerusi menang.
Kita hanya menang di pantai parat. Jadi, macam mana penyandang kerusi di
pantai timur nak serah kerusi kepada kita,” kata Shaid.
PAS dan Umno pula dilihat lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya bakal berlangsung bila-bila masa sahaja.
Pemimpin akar umbi kedua-dua parti yang dihubungi The Malaysian
Insight berkata mereka bersedia menghadapi PRU sebagai jalan keluar dari
keadaan politik tidak menentu waktu ini.
“PRU juga boleh menjadi tanda noktah pada kecelaruan pentadbiran yang
wujud dari zaman PH hingga ke PN saat ini,” kata Ketua Umno Bahagian
Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said.
“Saya yakin bukan setakat rakyat bersedia menghadapi PRU pada tahun
ini malah majoriti rakyat berdoa makin cepat PRU15 makin baik untuk
mereka.
“Rakyat resah dengan kemelut politik berpanjangan ini,” katanya.
Katanya, pemimpin Umno dan PAS yakin untuk menghadapi pilihan raya apabila melihat reaksi positif rakyat ke atas pentadbiran PN.
“Daripada segi momentun dan penerimaan rakyat juga, agak jelas
menunjukan sokongan yang cukup menyakinkan pada kerajaan PN untuk
berdepan dengan PRU.
Sependapat dengannya Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang
Hanif Haron yang turut melihat pilihan raya jalan keluar dari kemelut
politik yang berlarutan sejak Febuari lalu.
“Ia keutamaan keselamatan dan kebaikan rakyat,” katanya yang mendakwa
rakyat kini lebih gembira dan aman bawah pentadbiran dan pencapaian PN.
Ketua Pemuda Umno Cawangan Taman Bandar Baru Muhammad Farhan Ahmad
juga berpendapat akar umbi bersedia menghadapi pilihan raya dengan
sasaran sokongan lebih kuat.
“Di kala politik tidak stabil di Malaysia, ahli akar sudah
menjangkakan PRU mungkin diadakan bila-bila masa, masanya untuk
mendapatkan mandat yang lebih besar,” katanya.
Bersatu Belum Bersedia Hadapi Pru 15
Reviewed by editorreformis
on
Jun 16, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Saya terpaksa panggil Kerajaan pimpinan Muhyiddin ini sebagai Kerajaan Muhyiddin. Ramai yang panggil Ker...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.