BERSATU sudah menyuarakan hasrat mahu bertanding sehingga 50 kerusi
Parlimen daripada 222 kerusi yang ada di Dewan Rakyat, ketika Putrajaya
giat bersiap sedia untuk pilihan raya lebih awal tahun ini, kata
beberapa sumber
Hasrat itu dibincangkan dalam satu pertemuan antara pemimpin Bersatu
dan PAS di Putrajaya pada 1 Jun lalu, kata beberapa sumber yang maklum
mengenai pertemuan itu.
“Presiden PAS Abdul Hadi Awang diminta bersiap sedia untuk pilihan raya lebih awal tahun ini,” kata seorang sumber.
“Dalam pertemuan itu, Bersatu beritahu hendak bertanding sampai 5o kerusi Parlimen.
“Tetapi PAS belum putuskan berapa kerusi yang ia hendak beri kepada Bersatu kerana beberapa kerusi mereka bertindih.”
Sumber parti memberitahu PAS hanya setuju jika Bersatu bertanding di kerusi yang disandang sekarang.
“Kerusi yang mana satu? Yang menang masa PRU14? Atau, kerusi yang ditokok oleh bekas Umno dan PKR?” kata sumber.
Pada masa ini, Bersatu mempunyai 33 ahli Parlimen selepas
menyingkirkan Dr Mahathir Mohamad (Langkawi), Mukhriz Mahathir (Jerlun),
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Dr Maszlee Malik (Simpang
Rengam), dan Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu).
Daripada jumlah itu, tujuh dimenangi di bawah tiket Pakatan Harapan, sementara 15 daripada bekas Umno dan 11 dari bekas PKR.
Tujuh kerusi asal Bersatu ialah Tambun, Titiwangsa, Kuala Pilah, Alor Gajah, Pagoh, Sri Gading dan Sungai Besar.
Susulan pertukaran kerajaan pada hujung Februari, Bersatu menambah 11
kerusi dari PKR: Nibong Tebal, Indera Mahkota, Gombak, Ampang, Bandar
Tun Razak, Segamat, Batu Pahat di Semenanjug Malaysia serta Ranau,
Puncak Borneo, Saratok dan, terbaru minggu lalu, Lubok Antu, di Sabah
dan Sarawak.
Blok terbesar 15 kerusi Bersatu adalah asal wakil rakyat Umno iaitu
Tanah Merah, Jeli, Hulu Terengganu, Tasek Gelugor, Larut, Bagan Serai,
Bukit Gantang, Sabak Bernam, Masjid Tanah dan Mersing di Semenanjung
Malaysia serta Kudat, Beaufort, Sipitang, Beluran dan Libaran di Sabah.
Antara semua kerusi itu, beberapa kerusi sebelum ini pernah dimenangi
oleh PAS seperti Tanah Merah, Jeli, Hulu Terengganu, Indera Mahkota,
Bukit Gantang, dan Titiwangsa.
Pemimpin PAS yang dihubungi enggan mengesahkan pertemuan itu tetapi tidak juga menafikannya.
“Saya tidak boleh jawab,” kata seorang bekas pengarah strategi
pilihan raya parti Islam itu, ketika ditanya mengenai pertemuan pemimpin
Bersatu dan PAS pada awal bulan ini.
Beberapa hari selepas pertemuan pada 1 Jun itu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan
berkata parti Islam itu yakin parti-parti dalam gabungan PN sudah
bersedia untuk memukmadkan pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU15.
Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun dalam reaksi segera berkata pandangan tersebut hanya mewakili pendirian PAS dan bukannya pendirian rasmi PN.
Sementara itu, beberapa sumber Perikatan Nasional memberitahu , Putrajaya bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya
lebih awal tahun ini di tengah pandemik Covid-19.
“Kerajaan tahu majoritinya tipis, hanya 115 kerusi.
“Selain boleh tumbang, susah untuk kerajaan berperanan dengan
sewajarnya di Parlimen dengan majoriti tipis begitu. Itu sebabnya
pimpinan atasan putuskan pilihan raya awal tahun ini,” kata seorang
pegawai kanan di Putrajaya.
Katanya, Putrajaya sudah meminta dua badan bebas untuk menjalankan
kaji selidik terhadap sentimen dan kehendak pengundi menjelang pilihan
raya.
Dalam pada itu, akhbar The Straits Times di Singapura
semalam melaporkan Muhyiddin mahu pilihan raya lebih awal tahun ini
untuk menamatkan keraguan mengenai mandatnya ketika pentadbirannya dicap
sebagai kerajaan pintu belakang tanpa majoriti selesa di Dewan Rakyat.
Laporan itu memetik sumber berkata Muhyiddin menjelaskan hasratnya
dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 4 Jun.
Beliau juga mengadakan beberapa pertemuan dengan ketua-ketua bahagian
beberapa hari selepas itu.
Majoriti Muhyiddin sehingga ini belum diuji selepas Dewan Rakyat
bersidang hanya setengah hari pada 18 Mei lalu untuk pembukaan Parlimen
dan mendengar titah diraja yang ditangguhkan perbahasannya.
Semasa sidang pembukaan itu, 114 ahli Parlimen ditempatkan di blok
kerajaan. Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat bagaimanapun kemudian
menjelaskan beliau masih bersama blok pembangkang.
Minggu lalu, Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang keluar PKR untuk
menyokong kerajaan Muhyiddin dan Ketua Menteri Sarawak Abang Johari
Openg. Alasannya, sebagai wakil rakyat kawasan pedalaman, beliau perlu
menyokong kerajaan untuk mendapatkan dana bagi pembangunan.
Dengan sokongan Jugah, Muhyiddin dipercayai mempunyai tiga majoriti
daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat, selepas Ahli Parlimen Sri Gading,
Shahruddin Md Salleh yang letak jawatan timbalan menteri pada 4 Jun
dilaporkan masih menyokong PN.
Mandat Parlimen ke-14 dijadual berakhir pada 15 Julai 2023.
Bersatu mahu 50 kerusi, PAS diminta siap sedia PRU15, kata sumber
Reviewed by editorreformis
on
Jun 14, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Satu perkara yang saya belajar tentang kepimpinan ialah tidak semua masalah memerlukan reaksi! 1. Kadang-kadang, kita terlalu cepat mahu me...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.