Impak negatif COVID-19: Pelajar ketinggalan, 'lost generation'?
PELAJAR sekolah dan juga institut pengajian tinggi tidak dibenarkan
menghadiri kelas sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18
Mac 2020.
Mereka dinasihatkan berada di rumah dan meneruskan pembelajaran dalam talian.
Namun timbul kegusaran dalam kalangan pelajar dan juga ibu bapa, adakah pembelajaran dalam talian memberi kesan yang sama seperti pembelajaran formal di dalam kelas?
Mengapa sekolah, IPT perlu dibuka kembali?
Krisis Covid-19 tidak akan
berakhir sehinggalah penemuan vaksin di mana jangkaan awal senario ini
hanya akan berlaku sekitar tahun hadapan. Adakah pelajar perlu
meneruskan pembelajaran dalam talian walhal pelbagai isu timbul akibat
pembelajaran tidak formal ini iaitu;
Apa prasyarat sekolah & IPT dibuka semula?
Menurut Pakar Epidemiologi dan juga Presiden Konsortium Akademik Kesihatan Awam Asia-Pasifik Kuala Lumpur, Datuk Profesor Awang Bulgiba Awang Mahmud; ada dua perkara utama perlu diteliti sebelum sekolah dan IPT dibuka semula iaitu;
Negara-negara ini mempunyai kelebihan apabila sumber mereka agak kukuh dari segi kewangan, kakitangan sokongan, guru serta jumlah kelas yang kecil berbanding saiz kelas sekolah awam di negara kita.
Bagaimana ini dapat dilaksana di negara kita?
Perancangan rapi serta sumber tenaga kerja dan sumber kewangan yang mencukupi.
Kalau laksana sistem penggiliran, apa nasib pelajar lain?
Sudah hampir tiga bulan, pelajar duduk di rumah. Mereka tidak mendapat pendidikan formal dan kehilangan masa yang cukup berharga untuk menimba ilmu pengetahuan. ‘Restart’ belum tentu boleh ‘catch up’.
Malah sekiranya ia dibiarkan tanpa diberi perhatian sewajarnya, kita mungkin berhadapan isu ‘lost generation’, impak terburuk akibat krisis COVID-19 yang perlu kita elakkan sama sekali.
Mereka dinasihatkan berada di rumah dan meneruskan pembelajaran dalam talian.
Namun timbul kegusaran dalam kalangan pelajar dan juga ibu bapa, adakah pembelajaran dalam talian memberi kesan yang sama seperti pembelajaran formal di dalam kelas?
Mengapa sekolah, IPT perlu dibuka kembali?
- Pelajar yang tidak mempunyai akses internet
- Pelajar yang tiada peranti
- Kesukaran guru dan ibu bapa memantau prestasi pelajar
- Tiada proses pembelajaran dua hala sebaliknya hanya membuat kerja rumah
Apa prasyarat sekolah & IPT dibuka semula?
Menurut Pakar Epidemiologi dan juga Presiden Konsortium Akademik Kesihatan Awam Asia-Pasifik Kuala Lumpur, Datuk Profesor Awang Bulgiba Awang Mahmud; ada dua perkara utama perlu diteliti sebelum sekolah dan IPT dibuka semula iaitu;
- situasi wabak sudah mula terkawal
- persediaan rapi SOP normal baharu
Negara-negara ini mempunyai kelebihan apabila sumber mereka agak kukuh dari segi kewangan, kakitangan sokongan, guru serta jumlah kelas yang kecil berbanding saiz kelas sekolah awam di negara kita.
Bagaimana ini dapat dilaksana di negara kita?
Perancangan rapi serta sumber tenaga kerja dan sumber kewangan yang mencukupi.
-
Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah normal baharu, sekolah
dinasihatkan membangunkan SOP sendiri di mana melaksana sistem
penggiliran bagi memastikan saiz murid yang lebih kecil. Pelajar
anak-anak golongan barisan hadapan dan golongan B40 perlu diutamakan
selepas keutamaan diberikan kepada pelajar yang bakal menduduki
peperiksaan.
- Sanitasi kawasan dan perkakasan sekolah
perlu dilakukan dengan kerap. Ini memerlukan dana yang cukup dari
kerajaan untuk membolehkan pihak sekolah dan IPT memberi tender kepada
kontraktor kecil yang diberi tanggungjawab menjalankan proses nyahkuman
di kawasan sekolah dan IPT.
- Bas sekolah juga perlu
menambah bilangan perjalanan berulang alik menghantar pelajar supaya
penjarakan sosial dapat dipraktikkan.
- Sekolah berasrama penuh serta IPT juga perlu membangunkan SOP sendiri berdasarkan saranan tersebut.
Kalau laksana sistem penggiliran, apa nasib pelajar lain?
-
Pelajar yang perlu meneruskan pembelajaran dalam talian perlu diberi
sokongan peralatan serta memastikan hanya mereka berada dalam lingkungan
kawasan yang mempunyai kemudahan perkhidmatan internet sahaja boleh
meneruskan cara pembelajaran sebegini.
- Tiada peranti?
Peranti diberi pinjaman oleh pihak sekolah atau IPT. PTPTN juga boleh
memberi sokongan pinjaman kewangan jika pelajar perlu membeli peranti
bagi tujuan tersebut.
- Waktu pembelajaran dalam talian perlu mengikut jadual, diberi penekanan dan pemantauan berterusan dari pihak tenaga pengajar.
- Tenaga pengajar tiada pengalaman menjalankan pembelajaran dalam talian? Kursus, kursus, kursus. Guru dan pensyarah IPT juga perlu diberi sokongan, gunakan masa yang ada sekarang untuk menambah kepakaran dalam bidang tersebut. Ini masa untuk mengubah paradigma menerima normal baharu. Tenaga pengajar perlu bersedia kemungkinan pembelajaran dalam talian diubah menjadi cara pembelajaran utama di masa akan datang.
Sudah hampir tiga bulan, pelajar duduk di rumah. Mereka tidak mendapat pendidikan formal dan kehilangan masa yang cukup berharga untuk menimba ilmu pengetahuan. ‘Restart’ belum tentu boleh ‘catch up’.
Malah sekiranya ia dibiarkan tanpa diberi perhatian sewajarnya, kita mungkin berhadapan isu ‘lost generation’, impak terburuk akibat krisis COVID-19 yang perlu kita elakkan sama sekali.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.