https://critoxium.com/shop/

Terkini

KKM: Tiada jaminan pesakit pulih Covid-19 imun tak dijangkiti lagi


Pesakit yang pulih daripada Covid-19 tidak semestinya imun terhadap virus itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketika taklimat media petang ini, beliau memetik kajian luar negara yang mendapati terdapat virus tersebut di dalam pesakit yang telah sembuh daripada Covid-19.
Beliau turut merujuk kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa tiada bukti yang menunjukkan pesakit yang pulih daripada virus itu akan terlindung daripada jangkitan semua.
"Dan WHO telah pun mengeluarkan satu kenyataan bahawa tiada immunity passport bererti kalau dijangkiti tidak semestinya tak boleh dijangkiti lagi.
"Sebab antibody yang terbina tak cukup untuk ketahanan untuk jangkitan kedua," kata Noor Hisham.
Beliau juga berkata kementerian akan terus memantau semua pesakit yang pulih daripada kes serius Covid-19 dengan mengawasi tahap antibodinya dan menjalankan ujian sinar X terhadap paru-paru mereka setiap tiga bulan.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.