Hannah bidas komen Najib tentang kemungkinan PRU-15 bakal diadakan
Belau berkata Najib sibuk mencadangkan untuk diadakan pilihan raya ketika sebahagian rakyat diberhentikan kerja dan ramai ahli perniagaan bergelut untuk bertahan ketika ini.
“Sekiranya ada keperluan untuk meyakinkan rakyat bahawa Umno/Perikatan Nasional hanya mahu merebut kuasa dan jawatan dalam GLC, ingatlah cadangan di atas,” kata pemimpin DAP itu dalam kenyataan hari ini.
“Ini bukti paling jelas betapa Najib telah meletakkan kepentingan politiknya mengatasi kepentingan negara.
Menurut pemimpin Umno itu, majoriti rakyat rela memilih untuk berdepan risiko dan menuntut Parlimen dibubarkan kerana majoriti sudah muak dengan drama politik hari ini.
“Perdana menteri perlu menasihatkan ahli parlimennya supaya berhenti meruntuhkan pemerintahan majoriti tipisnya,” kata Hannah.
Pembangkang mempersoalkan sejauh mana sokongan sebenar terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat sejak Perikatan Nasional mengambil alih kuasa selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.
Selain itu terdapat juga khabar angin mendakwa bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad hanya memerlukan beberapa lagi ahli Parlimen untuk melakukan “rampasan kuasa”.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.