https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mereka Tinggal Parti Adalah Oportunis

Oleh Mohd Sayuti Omar

Mereka yang meninggalkan parti menjadi wadah perjuangannya sebelum ini bagi saya, mereka adalah yang bertindak demi kepentingan diri sendiri dan bukan atas kepentingan rakyat diwakilinya.

Mereka juga boleh dianggap sebagai pengkhianat dan tidak berprinsip dan bermaruah serta oportunis.

Alasan mereka meninggalkan parti kerana ulah pemimpin, tidak setuju dengan pemimpin tidak tepat.

Mereka seharusnya istiqamah dalam wadah perjuangan yang mereka sertai itu.

 Kecuali mereka dipecat disebabkan sesuatu sebab seperti melanggar peraturan parti terbabit dengan jenayah berat dan sebagainya. 

Kalau mereka tidak setuju dengan pemimpin mereka harus melawan pemimpin berkenaan demi memperbetulkan parti., bukannya membiarkan pemimpin itu terus menodai wadah itu.

 Pemimpin adalah jambatan yang menghubungi dua tebing untuk membolehkan kita ke sana. Kalau jambatan itu rosak bukan merobohkan tetapi membinanya semula.

Mereka seperti ini perlu dikecam tanpa mengira mereka daripada rahang mana perjuangan, Umno, Pas, Bersatu, PKR dan mana-mana sahaja. Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.