https://critoxium.com/shop/

Terkini

Perjuangan Atok jadi inspirasi.

Oleh Syed Abdillah Aziz

 Atok ini yg menggerakkan dunia politik ku hampir 4 tahun lamanya.

Tujuan utama - menajiskan Kleptokrasi yg bermaraha lela.

Kesana kesini Atok niii berceramah - letih dimamah usia tiada dlm tatacara hidupnya.

Perjuangan Atok jadi inspirasi.

Siapalah aku yg hanya 58 tahun hari ini.

Boleh kah aku segagahnya - bukan sahaja usia, tenaga tetapi "sharp mindset" nya yg tidak terperi.

Sebagai Pengasas, Ahli No; 1 , perasmi Bersatu - beliau lah penggerak semula landskap politik Malaysia Baru.

Tiba2- atas dasar kekolotan intepretasi perlembagaan Parti yg diasasnya sendiri, anak buahnya sendiri mengnyahkan dia dari perjuangan hidupnya dari anak bangsa.

Satu kegilaan ungkapan ayat2 yg tak de akal boleh diterima. Katanya "terhenti serta merta".

Kalau pun salah- ke Lembaga Disiplin sewajibnya di ajukan. Dimana adab, dimana hormat, dimana kasih, dimana kau letak Atok ni sedemikian rupa.

Percayalah, aku akan #KekalBerinsip kerana bukan harta dan jawatan yg ditagih, bukan GLC yg diburu, bukan sinatulrahim yg ku akhiri.

Lawan tetap lawan

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.