PH terbuka terima ADUN pro Tun M
KOTA ISKANDAR - Pakatan Harapan (PH) Johor membayangkan terdapat Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan menyokong bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad seterusnya mengambil keputusan untuk bersama
kepimpinan PH di peringkat negeri.
Penyelarasnya, Aminolhuda Hassan berkata, krisis yang berlaku
dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di peringkat tertinggi
parti itu turut memberi kelebihan kepada PH di peringkat negeri.
"Yang keluar PH hendak masuk semula tiada masalah, kita (PH) terima dengan hati terbuka tetapi perlu jadi ADUN Bebas dahulu.
"Saya yakin ADUN yang pro Tun M akan bersama dengan kita (PH)
dalam masa terdekat," katanya dalam satu sidang akhbar di Pejabat
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar baru ini
Terdahulu, PH Johor diwakili Aminolhuda menyerahkan notis pengisytiharan harta membabitkan 27 ADUN PH negeri terdiri daripada 14 ADUN DAP, sembilan ADUN Parti Amanah Negara (Amanah) dan empat ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Aminolhuda yang juga Pengerusi Amanah Johor tidak menolak kemungkinan krisis politik yang di peringkat Pusat akan terjadi di Johor.
"Sekarang ini mereka (pemimpin) di dalam Pakatan Nasional sudah sedar berlaku kepincangan dalam kerajaan yang diambil tanpa mandat rakyat.
"Apa yang berlaku di Pusat tidak mustahil akan terjadi juga di Johor," katanya
.
ADUN Parit Yaani itu berpandangan Dr Mahathir mempunyai cara
tersendiri dalam mencorakkan politik yang beliau bawa biarpun Bersatu
kini panas dengan isu perlucutan jawatan.
"Tun M ada caranya, biarlah dia dengan cara dia," katanya.
"Yang keluar PH hendak masuk semula tiada masalah, kita (PH) terima dengan hati terbuka tetapi perlu jadi ADUN Bebas dahulu.
Terdahulu, PH Johor diwakili Aminolhuda menyerahkan notis pengisytiharan harta membabitkan 27 ADUN PH negeri terdiri daripada 14 ADUN DAP, sembilan ADUN Parti Amanah Negara (Amanah) dan empat ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Aminolhuda yang juga Pengerusi Amanah Johor tidak menolak kemungkinan krisis politik yang di peringkat Pusat akan terjadi di Johor.
"Sekarang ini mereka (pemimpin) di dalam Pakatan Nasional sudah sedar berlaku kepincangan dalam kerajaan yang diambil tanpa mandat rakyat.
"Apa yang berlaku di Pusat tidak mustahil akan terjadi juga di Johor," katanya
.
"Tun M ada caranya, biarlah dia dengan cara dia," katanya.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.