Ketika
Pakatan Harapan (PH) galak menyebut mengenai pertukaran semula kerajaan,
Muafakat Nasional pula rancak memperkemaskan persiapan menghadapi
pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Menurut sumber parti itu, di ibu
pejabat Umno di Kuala Lumpur malam kelmarin berlangsung mesyuarat
jawatankuasa perundingan Muafakat Nasional bagi membincangkan agenda
PRU15.
Jelas sumber, Muafakat Nasional yang terdiri daripada Umno
dan PAS menjangkakan PRU15 akan diadakan dalam masa terdekat berikutan
kemelut politik negara yang tidak berkesudahan.
"Mesyuarat malam tadi membincangkan persiapan PRU15 yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.
"PRU15 dijangka akan diadakan selepas hal-hal berbangkit dalam PN dan Bersatu diselesaikan," katanya
Spekulasi
PRU15 akan diadakan dalam masa terdekat tercetus apabila Presiden Umno,
Ahmad Zahid Hamidi memberi isyarat partinya telah bersedia menghadapi
PRU.
Kenyataan itu dibuat Zahid di laman sosial Facebooknya selepas menerima kunjungan bekas perdana menteri, Najib Razak.
Menariknya,
kenyataan itu dikeluarkan di tengah-tengah spekulasi akan berlaku
semula perubahan kerajaan serta krisis politik membabitkan kepimpinan
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan pengerusi Bersatu yang
dipertikaikan, Dr Mahathir Mohamad.
Menjelaskan perkara itu, Najib
berkata PRU15 adalah jalan terakhir bagi mengembalikan kestabilan
politik negara jika PH terus mengugat kerajaan PN.
Jelas Najib, sokongan Umno BN kepada PN juga telah dizahirkan sehingga PRU15.
Mahathir,
bersama PH dan Parti Warisan Sabah (Warisan) pula mendakwa mempunyai
angka mencukupi untuk mengambil alih tampuk pentadbiran negara yang kini
dikuasai PN.
Kemelut dalaman Bersatu menyaksikan Mahathir serta
anaknya yang juga bekas timbalan presiden Bersatu, Mukhriz serta tiga
pemimpin lain iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Maszlee Malik dan
Amirudin Hamzah disingkirkan daripada parti itu.
Bagaimanapun mereka mendakwa pengguguran sebagai ahli Bersatu itu tidak mengikut undang-undang dan perlembagaan parti.
Isu agihan kerusi Umno PAS dah dibincangkan
Sementara itu, sumber memaklumkan isu agihan kerusi antara PAS dan Umno telah pun dibincangkan sejak sekian lama.
Bahkan katanya, secara dasar isu agihan kerusi telah dipersetujui dan hanya belum dimuktamadkan lagi.
Mengulas lanjut, sumber berkata mesyuarat malam tadi juga turut membincangkan mengenai penubuhan majlis setiausaha PN.
"Majlis setiausaha PN ini akan dibentuk dalam kadar segera dan secepat mungkin.
"Ia bagi mengurus soal perbincangan dan rundingan yang sepatutnya berlaku," katanya.
Naib
presiden Umno, Mohamed Khaled Nordian ketika dihubungi mengesahkan
mesyuarat jawatankuasa perundingan Muafakat Nasional berlangsung malam
kelmarin.
Umno, PAS jangka PRU15 dalam masa terdekat - Sumber
Reviewed by editorreformis
on
Jun 06, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang semakin hampir, PKR mula menyusun semula barisan kepimpinannya apabila melantik Datuk Seri Sa...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.