Warisan nafi khabar angin tinggalkan PH
Parti
Warisan Sabah (Warisan) menafikan khabar angin kononnya parti itu
meninggalkan rakan sekutunya, Pakatan Harapan (PH) seperti kenyataan
tular di media sosial sejak semalam.
Setiausaha Agungnya Datuk Loretto Padua berkata kenyataan berkenaan dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang ingin memecah-belahkan kerjasama PH Plus.
“Untuk rekod, Warisan tidak pernah berada dalam gabungan PH sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lagi.
“Bagaimanapun, pendirian Warisan konsisten untuk bekerjasama dengan PH sehingga sekarang digelar PH Plus,” katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu, malam ini.
Justeru, katanya Warisan meminta penyokongnya agar tidak mempercayai berita palsu tersebut.
- Bernama

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.