Azhar Azizan dilantik Speaker baru tanpa undian
Bekas
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun hari ini
dilantik sebagai speaker Dewan Rakyat baru menggantikan Mohamad Ariff Md
Yusof.
"Saya mohon mencadangkan bahawa Yang Berbahagia Datuk Azhar Azizan @ Harun dipilih menjadi Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih," kata Muhyiddin.
Sebelum usul supaya Azhar dipilih menjadi speaker yang baru, dibentangkan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, pembangkang juga mahu menamakan speaker mereka sendiri.
Walau bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan memaklumkan bahawa pemberitahuan 14 hari diperlukan untuk pencalonan itu dan pembangkang tidak mencalonkan sesiapa dalam jangka masa tersebut.
Ngeh
Koo Ham (DAP-Beruas) kemudian bangkit dan berkata kekosongan jawatan
speaker hanya berlaku hari ini dan oleh itu tempoh 14 hari harus bermula
dari hari ini.
Kerajaan Perikatan Nasional hari ini membentangkan usul supaya Mohamad Ariff mengosongkan jawatannya. Usul itu kemudian diluluskan melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 111 ahli parlimen bersetuju manakala 109 lagi tidak bersetuju dengan usul berkenaan.
Susulan kekocohan itu, timbalan speaker Rashid Hasnon memutuskan bahawa masa untuk mencalonkan calon baru telah berlalu.
Azhar kemudian mengangkat sumpah sebagai speaker Dewan Rakyat yang baru.
Bagaimanapun majlis angkat sumpah itu bertukar kecoh apabila wakil rakyat pembangkang berterusan mempersoalkan pelantikan Azhar.
Di
sebalik rayuan supaya, semua ahli parlimen agar bertenang, kekecohan
dan jerit menjerit berterusan di antara kedua-dua belah pihak.
Khalid Abdul Samad (Amanah-Shah Alam) melabelkan Azhar sebagai "speaker pintu belakang".
Azhar tanpa mengendahkannya terus memulakan ucapannya, dengan mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin atas pelantikannya itu.
Namun, pembangkang terus menuntut "Undi! Undi! Undi!"
Beliau berkata, isu pelantikannya sudah selesai berdasarkan Peraturan 46, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Perkara
itu sudah selesai dan saya sudah mengangkat sumpah. Yang Berhormat Ipoh
Barat (M Kulasegaran) merujuk kepada peraturan dan saya juga merujuk
kepada peraturan," katanya.
Ini selepas Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) membangkitkan peraturan mesyuarat berhubung pelantikan speaker Dewan Rakyat.
Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam) kemudian bangkit dan mengganggu ucapan sulung speaker itu.
“Sila keluar,” katanya.
Khalid kemudiannya dibawa keluar dan Azhar meneruskan ucapannya.
"Saya mohon mencadangkan bahawa Yang Berbahagia Datuk Azhar Azizan @ Harun dipilih menjadi Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih," kata Muhyiddin.
Sebelum usul supaya Azhar dipilih menjadi speaker yang baru, dibentangkan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, pembangkang juga mahu menamakan speaker mereka sendiri.
Walau bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan memaklumkan bahawa pemberitahuan 14 hari diperlukan untuk pencalonan itu dan pembangkang tidak mencalonkan sesiapa dalam jangka masa tersebut.
Kerajaan Perikatan Nasional hari ini membentangkan usul supaya Mohamad Ariff mengosongkan jawatannya. Usul itu kemudian diluluskan melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 111 ahli parlimen bersetuju manakala 109 lagi tidak bersetuju dengan usul berkenaan.
Susulan kekocohan itu, timbalan speaker Rashid Hasnon memutuskan bahawa masa untuk mencalonkan calon baru telah berlalu.
Azhar kemudian mengangkat sumpah sebagai speaker Dewan Rakyat yang baru.
Bagaimanapun majlis angkat sumpah itu bertukar kecoh apabila wakil rakyat pembangkang berterusan mempersoalkan pelantikan Azhar.
Khalid Abdul Samad (Amanah-Shah Alam) melabelkan Azhar sebagai "speaker pintu belakang".
Azhar tanpa mengendahkannya terus memulakan ucapannya, dengan mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin atas pelantikannya itu.
Namun, pembangkang terus menuntut "Undi! Undi! Undi!"
Beliau berkata, isu pelantikannya sudah selesai berdasarkan Peraturan 46, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Ini selepas Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) membangkitkan peraturan mesyuarat berhubung pelantikan speaker Dewan Rakyat.
Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam) kemudian bangkit dan mengganggu ucapan sulung speaker itu.
“Sila keluar,” katanya.
Khalid kemudiannya dibawa keluar dan Azhar meneruskan ucapannya.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.