https://critoxium.com/shop/

Terkini

Muhyiddin berjaya gugur speaker Dewan Rakyat

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin berjaya mendapat majoriti tipis untuk menggugurkan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusoff pada hari pertama persidangan hari ini.

Seramai 111 ahli Dewan Rakyat menyokong usul tersebut berbanding 109 yang menentang.
Maximus Ongkili (PBS-Kota Marudu) tidak hadir sesi persidangan hari ini.

Keputusan undian belah bahagi itu diumumkan Timbalan Speaker Rashid Hasnon, sebelum persidangan berhenti rehat pada 1.10 petang tadi.

Usul berkenaan dibawa ke Dewan Rakyat oleh Muhyiddin dan menyaksikan bantahan daripada ahli Parlimen pembangkang.

Antara yang membantah usaha menyingkirkan Ariff termasuklah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (PKR-Port Dickson).

Selain itu, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi) yang turut menyertai sesi perbahasan membantah tindakan berkenaan.

Kertas Aturan Mesyuarat hari ini menyatakan kerajaan akan menamakan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Azizan Harun sebagai yang dipertua baharu.

Perikatan juga dijangka menggugurkan Timbalan Speaker Nga Kor Ming dan menggantikannya dengan bekas menteri Umno Azalina Othman Said (BN-Pengerang).

Usul berkenaan juga dinyatakan dalam Kertas Aturan Mesyuarat hari ini

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.