https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kepimpinan KEADILAN, Patah Tumbuh Hilang Berganti



Bagi ramai ahli yang resah, kononnya ramai yang dipecat dan ramai yang keluar parti keramat ini selepas peristiwa pengkhianatan pasti menganggap KEADILAN semakin lumpuh. Sebabnya, banyak pemimpin utama yang mengikut jejak langkah ‘Geng Sheraton’.

Jangan gusar, jangan bimbang. Ingat balik, semasa parti keramat ini ditubuhkan dahulu, berapa banyak pemimpin dahulu yang dah beralih arah. Bahkan, ada yang cuba untuk menjahanamkan parti ini. 

Tapi!!!!!

Pernah anda dengar KEADILAN ini lumpuh? Pernahkah kita dengar KEADILAN ini sudah tidak relevan? Adakah tidak ada pemimpin lain yang wujud untuk bawak agenda Reformasi ini?

Pastinya tidak. Sebabnya, perjuangan kita wujud daripada rakyat. Wujud daripada akar umbi. Bukan daripada tajaan mana-mana tauke besar. KEADILAN ada dasar, ada matlamat untuk mengangkat perjuangan rakyat dan islah kepada sistem yang lama. Kita juga menjunjung Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.

Sebab itu, kalau ada yang umum keluar parti, biarkan. Besar mana sekalipun jawatan beliau sebelum ini biarkan. Apa sahaja alasan yang kononnya parti ini sudah tidak relevan, biarkan.

Pemimpin baru akan lahir. Orang yang bersih dan faham tentang perjuangan parti akan sentiasa lahir.

Menjatuhkan Kota Constantine daripada Empayar Byzantine diusahakan oleh beberapa generasi Turki Uthamaniyyah. Bukan ambil masa yang singkat. Hingga lahir Sultan Muhammad Al-Fateh dengan usaha yang bukan ambil masa peperangan dalam satu malam atau satu minggu.

KEADILAN dalam proses, menyaring pejuang-pejuang baru dan rakyat kini sudah bijak. Jadi, jangan risau, jangan bimbang rakan-rakan. Jangan risau saudara saudari. Kita kekal positif, kukuh pendirian.

Bangga dengan perjuangan parti ini. Pemimpin boleh datang dan pergi. Tapi ingat, ibarat sebatang pohon yang patah, pastinya tunas baru akan lahir pada pohon rendang tersebut.

Sekalung tahniah kepada YB Fauziah Salleh (Kak Gee) atas lantikan sebagai Ketua Wanita Keadilan yang baharu. Anda sememangnya layak untuk memegang panji perjuangan wanita tersebut.
Aku bangga aku Keadilan. Aku bangga aku anak Permatang Pauh.

Khairul Fahmi Ramli
Ketua Penerangan KEADILAN
Cabang Permatang Pauh

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.