Kisah kelemahan YB Pas dan ‘penasihat’ cari makan
Oleh DR TANAKA MUSTAFA
Dalam Umno ada geng yang boleh menggagalkan Muafakat Nasional (MN). Dalam Pas pun ada spesies yang boleh gagalkan MN. Itu belum ambil kira hal Perikatan Nasional (PN) dengan Bersatu, MCA, MIC,GPS dan lain-lain.
Walaupun pimpinan atas sudah buat keputusan, masih ada geng bawah tidak mahu ikut. Tegar bawa kepala sendiri mengheret sentimen lama zaman bergaduh dulu-dulu. Hal inilah yang akan jadi notch kepada serangan musuh.
Anda nampak MN gagah sebab Pakatan Harapan (PH) sedang bergaduh. Sejurus PH kembali atas landasan mereka sebagai pembangkang dengan bermacam-macam formula dan strategi, Muafakat yang rapuh akan bermasalah.
Performance beberapa wakil rakyat Pas pun sudah ramai rakyat pertikai. Saya ada dedahkan sedikit dalam hantaran tidak lama dahulu. Beberapa YB Pas ditegur secara keras dalam mesyuarat dalaman supaya serius dalam menunaikan amanah dan menghindarkan diri daripada terjebak dalam penyelewengan yang tersembunyi.
Ada YB Pas yang ‘melantik’ beberapa orang sebagai ‘pembantu’, tanpa selidik siapa orang itu.
Kelemahan dalam pengurusan akan menyebabkan YB Pas akan dimanipulasi oleh orang yang ‘dilantik’ tersebut. Walhal hasil maklumat risikan, ‘pembantu’ itu ada banyak masalah dalam bisnes.
‘Nasihat-nasihat’ daripada mereka ini mengenepikan peranan Umno dalam masyarakat, akan menjejaskan MN kawasan tersebut dan pasti akan merebak.
“Mentang-mentang depa jadi YB, depa letak puak depa saja… Muafakat jadah apa macam ni…”. Suara-suara tidak puas hati seperti ini sudah mula kedengaran.
YB Pas sepatutnya menjadi jambatan pengukuhan MN di peringkat DUN. Kalau asyik dimanipulasi oleh bisnesman yang sibuk pulun pulihkan bisnes dia, Pas akan ulangi kesilapan yang Umno buat 20-30 tahun lalu. YB Pas kena ada prinsip dan ketegasan, jangan lembik tengkuk kerana budi yang sedikit daripada ahli perniagaan.
Dalam Umno sudah ada suara-suara muda yang bangkit melawan warlord mereka secara profesional. Idea dan kekuatan mereka untuk mengubah Umno menjadi lebih baik mendapat perhatian Tok Mat. Cuma masalah mereka adalah masih ada warlord yang masih cuba mahu menguasai Umno cara lama.
Pas? Walaupun pemimpin muda atasan adalah profesional dan teknokrat, tetapi di peringkat bawahan masih tidak mampu nak ikut.
Masih bermain sentimen politik lama dan sukar move on. Yang masih main tarik tali dengan AMANAH pun masih ada. Bila nak boleh move on?
Bagi anda yang ada di bawah YB dan pemimpin yang perfom, mungkin anda tidak nampak dan akan anggap saya merepek dan cuba mendatangkan persepsi buruk kepada Pas.
Terpulang kepada anda. Jangan sampai ada YB anda yang kena serbu dengan SPRM baru nak ketahuan.
Mungkin bukan sebab YB anda kurang iman, tetapi sebab tidak tahu selok-belok pengurusan.
Kalau Umno buat makan masa 20, 30 tahun baru kantoi. Jika Pas buat, saya yakin tidak sampai setahun akan kantoi. Nasihat saya, buang segera ‘penasihat’ yang cari makan.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.