Lebih 2,800 individu belum jalani ujian kedua Covid-19 bakal ditahan, didakwa
KUALA LUMPUR, — Lebih 2,800 rakyat Malaysia yang masih belum
melakukan ujian saringan kedua Covid-19 selepas 13 hari menjalani
kuarantin sebaik pulang dari luar negara bakal ditahan dan didakwa, kata
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata tindakan akan bermula hari ini dengan senarai nama diperoleh daripada Kementerian Kesihatan.
“Mereka akan berdepan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika masih enggan menjalani ujian saringan Covid-19 kali kedua, bermula hari ini.
“Sekiranya
mereka yang ditahan ini positif Covid-19, kita akan dakwa mereka
selepas pulih. Saya amat tegas mengenai perkara ini,” katanya kepada
Bernama.
Beliau
berkata keputusan tersebut dibuat selepas mesyuarat khas Kabinet
bersama Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di Putrajaya
hari ini.
Menurutnya taklimat mendedahkan punca penularan baharu disebabkan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dan polis telah diminta meningkatkan penguatkuasaan undang-undang.
Abdul Hamid turut memberi amaran sama kepada lebih 9,600 rakyat Malaysia yang kini menjalani kuarantin di rumah agar mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
“Kami akan buat pemeriksaan mengejut di rumah mereka bermula hari ini, jangan degil,” katanya. — Bernama
“Mereka akan berdepan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika masih enggan menjalani ujian saringan Covid-19 kali kedua, bermula hari ini.
Menurutnya taklimat mendedahkan punca penularan baharu disebabkan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dan polis telah diminta meningkatkan penguatkuasaan undang-undang.
Abdul Hamid turut memberi amaran sama kepada lebih 9,600 rakyat Malaysia yang kini menjalani kuarantin di rumah agar mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
“Kami akan buat pemeriksaan mengejut di rumah mereka bermula hari ini, jangan degil,” katanya. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.