https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mat Sabu Mangsa Politik Remeh


Oleh Mohd Sayuti Omar

Setelah saya mendengar rakaman perbahasan titah di Raja oleh wakil Kota Raja (Mohamad Sabu) yang telah menjadi polemik berhubungan perkataan "pelarian" yang beliau gunakan ke atas "hijrah" Nabi, jelas pertikaian penggunaan perkataan itu oleh Mohamad Sabu sengaja dibesarkan. 
Kalau ucapan beliau itu didengari dengan perasaan tenang, tidak berlandaskan sentimen dan kebencian politik, tidak ada apa yang tidak kena pun dengan apa disebut beliau.
Beliau menyebut Nabi yang berhijrah itu juga sebagai pelarian, bukan beliau bermaksud hendak menghina Nabi, cuma Mat Sabu tidak cermat menggunakan perkataan itu, itu sahaja. 
Walhal perkara pokok yang perlu diberi perhatian kepada apa disebut dan hendak disampaikan dalam ucapan itu, ialah peranan sendikit yang memperlatakan pelarian (PTAI) untuk kepentingan mereka dan berlakunya rasuah dalam kehadiran pelarian. 
Beliau melihat aktiviti sendikit itu satu perbuatan kotor, menjijikkan dan ia satu perbuatan eksploitasi manusia yang kejam. Itu mauduk Mohamad Sabu. 
Tetapi kerana politik kita suka kepada yang remeh temeh, politik yang penuh dengan kebencian maka soal yang tidak menjadi niat dan kerangka ucapan itu pula yang didebat dan disebarkan.
 Jika diibaratkan ucapan Mohamad Sabu itu sebuah tulisan, apa dibahas bukan isi tetapi soal salah letak titik dan tanda komen diperdebatkan. 
Justeru wajar lain kali Bang Mat (Mohamad Sabu) agar lebih berhati-hati dalam cuba memberi perumpamaan dan konotasi terhadap sesuatu perkataan yang boleh menimbulkan polemik yang tidak begitu melabakan. Cukup. Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.