https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pelarian Atau Muhajirin ..?


Tadi ada sahabat minta komen pasal ucapan Mat sabu di Parlimen..Ada pentaksub PAS juga tag benda yg sama..aku sendiri tak tahu isu apa.. Rupanya Ucapan Mat sabu hari ini di Parlimen.. 

Jadi untuk ulas benda ni.. aku kena tonton lah, Kebetulan ada klip video Malaysiakini untuk tajuk yang sama iaitu "Pelarian".. untuk berlaku Adil aku cuba mendapatkan gambaran dari video Ucapan Mat sabu.. seperti mana kaedah Fiqh..
الْحُكْمُ عَلَى الشَّيْءِ فَرْعٌ عَنْ تَصَوُّرِهِ..
" Hukum atas sesuatu adalah melihat kepada cabang dari gambarannya… "

Setelah aku tonton.. Aku rasa tidak ada apa yang salah ucapan Mat sabu, Cumanya mungkin kurang berhati hati.. jelas ucapan Mat Sabu meletakkan frasa Pelarian disambung dengan "Atau berhijrah dari Mekah ke Madinah ".. tetapi video mainan jahat PAS UMNO menyunting video setakat perkataan pelarian.... Inilah bahayanya bila perkataan pelarian jadi jijik kepada kita hanya kerana kebencian dan Xenophobia..

Jelas dari keseluruhan ucapan Mat Sabu itu menyentuh Soal bagaimana Nabiﷺ membangunkan Mekah, penindasan Musyrikin Mekah dalam konteks Rohingya dizalimi... sebagaimana Hadis Nabiﷺ yg mengakui mereka diusir dan merindukan kota mekah..

Kerana Nabi ﷺ sendiri pernah mengungkapkan kecintaannya kepada tanah air kelahirannya mekah akibat diusir kaumnya.. Sebagaimana Hadis nabi ﷺ...
ما أطيبكِ من بلد، وأحبَّكِ إليَّ، ولولا أن قومي أخرجوني منكِ ما سكنتُ غيركِ
“Wahai Makkah.. tidak ada negeri yang lebih baik dan lebih kucintai dari pada engkau. Andai kaumku tidak mengusirku darimu, aku tidak akan pernah tinggal di negeri lain.”
( Riwayat At Tirmidzi)

Malah konteks Kuffar yg digambarkan Mat sabu, disebutkan antaranya menepati maksud dan larangan menjadikan mereka sebagai Auliya(teman rapat).. ia menyentuh ayat Mumtahanah ayat 9..
إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ..
" Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu..."

Begitupun Mat sabu meletakkan kelas kelas dan jenis2 Pelarian.. situasi mereka berbeza, sama keadaanya melibatkan pelarian palestine dan Syria.. Perbahasan diterima baik perwakilan Kerajaan di Parlimen... bagi aku perbahasan itu konteksnya jelas dan mudah difahami.. tidak menimbulkan salah faham..

Sepanjang perbahasan Mat Sabu, Tidak ada wakil BN atau PAS bangun mempertikaikan ucapan Mat Sabu tentang Pelarian.. Malah timbalan Speaker Azalina memberi tambahan masa 15 minit..ini bermakna mereka faham konteks apa yang nak disampaikan Mat Sabu.. Bagi aku ucapan,soal balas dijawab dengan baik..jauh lebih baik dari perbahasan dia masa jadi Menteri Pertahanan.. tiba tiba ia jadi isu di media sosial..

Tapi itulah jahatnya PAS dan UMNO..cuma mainkan sentimen Agama.. Dulu UMNO buat kerja ni..Sekarang ni diambilalih oleh PAS.. Ingat lagi dulu UMNO mainkan dan fitnah Almarhum Tok Guru Nik Aziz..Kononnya Tok Guru Nik Aziz kata "Tuhan samseng..". "Tuhan mencarut" , kita boleh berkawan dengan Syaitan..Jenuh masa tu kita nak betulkan fitnah.. dalam ilmu Balaghah ia dikenal sebagai Majaz..

Malah suatu ketika jahatnya UMNO dan kalangan asatizah UMNO seperti Kazim mengfitnah Tok Guru kononnya Tok Guru samakan Nabi dengan mamat mamat dikampung... Kazim buat fitnah ini dalam roadshownya yang ditaja UMNO..aku ingat lagi..

Masalahnya bila orang berpolitik.. Mereka sengaja menyunting video atau sampaikan luar dari konteks Perbahasan..jaga jaga dengan Fitnah jahat ini..

Ia berbeza dengan ucapan Khalid Samad atau Ulama PAS, samada Nabi pernah mungkir Janji.. atau Nabi Berbohong.. sebab itu sifat Mustahil bagi Nabi.. kerana sifat wajib bagi Nabi Sifat Amanah dan Siddiq..mustahil dia mungkir janji dan bohong.. ia bertentangan dengan Sifat Nabiﷺ..
Apakah yang meracuni pemikiran Ummat Islam hari ini kerana merasa jijik dengan perkataan pelarian ? agaknya ini hasil dari kempen kebencian dan Xenophobia yang dimainkan sebahagian masyarakat kebelakangan ini..

Bukankah sifat Nabi dan konteks "Pelarian" itu disebut dalam Quran.. hatta Sifat Al Ummi " yg disandarkan kepada Nabi juga dibahaskan Ulama.. sebahagian Ulama memaknakan Al Ummi dengan sifat Buta Huruf.. takkan kita nak kata ia satu bentuk penghinaan kepada Nabi kerana mengatakan Nabi Buta Huruf..

Ibnu Abbas menjelaskan perkataan Ummi itu juga menjelaskan ayat ke 48 di surat al-Ankabut, ditulis dalam tafsir Al Qurtubi..
كان نبيكم صلى الله عليه وسلم أميا لا يكتب ولا يقرأ ولا يحسب...
Nabi kalian ﷺ adalah orang ummi, tidak menulis, membaca, dan tidak menghitung. "
Sudah sudah lah mengfitnah...Aku rasa bukan isu pun..cari lah isu lain lebih penting...

Ipohmali

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.