'Shafie tak langgar peraturan isu tender dibangkit Najib'
Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal tidak melanggar mana-mana
peraturan dengan meminta tender terbuka tertentu dijadikan tender
terpilih semasa menjadi menteri pembangunan luar bandar.
Najib turut mendedahkan dua surat rayuan yang dikatakan dikirim oleh Shafie untuk projek jalan raya di Batu Pahat, Johor dan Penampang, Sabah. Kedua-dua surat ditulis masing-masing pada Januari 2013 dan Julai 2013.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan dua surat itu. Portal ini telah cuba menghubungi Shafie untuk mendapatkan penjelasan beliau.
"Shafie juga merujuk kepada individu yang tepat dalam perkara itu kerana Najib adalah perdana menteri pada masa itu.
"Shafie melakukannya atas kapasiti beliau sebagai menteri persekutuan dan atas dasar menghormati Najib sebagai bekas bosnya," kata Yusof seperti dipetik Free Malaysia Today (FMT).
Jelas Yusof lagi, Shafie membuat rayuan itu bagi pihak penyokongnya daripada Umno ketika itu yang meminta bantuan untuk mengubah tender tersebut menjadi tender terpilih.
"Sebenarnya ia adalah isu antara rakan yang sama-sama mengurus kerajaan, justeru ia tidak patut ditimbulkan.
"Ia seumpama isu antara suami dan isteri yang berkahwin; mereka saling mengetahui kekuatan dan kelemahan yang lain.
"...tidak baik, malah tidak bermoral, bagi isteri atau suami saling mendedahkan kelemahan satu sama lain kepada orang lain ketika bercerai.
"Mungkin suatu hari ini, mereka mungkin berfikir untuk rujuk semula," kata Yusof lagi.
Pada bulan Julai 2015, Shafie disingkir daripada kabinet setelah mengkritik Najib, perdana menteri ketika itu berhubung skandal 1MDB. Beliau menubuhkan Warisan yang berpengkalan di Sabah dan menjadi ketua menteri selepas menang pilihan raya 2018.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.