https://critoxium.com/shop/

Terkini

KPDNHEP pastikan harga ayam bawah RM9 sekilo pada Ogos

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memastikan harga runcit ayam di seluruh negara berada di bawah paras RM9 sekilogram (kg) menjelang Ogos ini.

Timbalan menterinya Rosol Wahid berkata jaminan itu diberikan oleh pengusaha industri dalam rundingan dengan KPDNHEP baru-baru ini susulan kenaikan mendadak harga ayam ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, pemantauan KPDNHEP setakat awal bulan ini mendapati ada peniaga yang menjual sekitar RM8.20 dan RM8.60 setiap kg, katanya kepada pemberita selepas Program Walkabout Pemantauan Harga Barang di Pasar Awam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, hari ini.

Sebelum ini, tular mengenai kenaikan harga ayam sehingga RM10.50 sekilogram di Terengganu.

KPDNHEP pula dilapor mengesahkan berlaku kenaikan harga runcit ayam antara 10 sen dan RM1.50 setiap kg dalam tempoh 4 hingga 19 Jun lalu.

Mengulas lanjut, Rosol berkata KPDNHEP akan terus melakukan pemantauan terhadap harga barangan keperluan, khususnya menjelang sambutan Aidiladha pada penghujung bulan ini.

Berhubung harga durian yang sebelum ini didakwa naik terlalu tinggi, Rosol berkata pihak kementerian sedang mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu itu termasuk mendapatkan pandangan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

“Pihak kita akan berbincang bagaimana mahu mengawal harga kerana durian mempunyai pelbagai varieti seperti D24, Udang Merah, Beserah, Musang King, IOI dan sebagainya,” katanya.
-Bernama

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.